saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/01/1998

Indigo tidak perlu khidmat KRU


KUMPULAN Indigo.


KUMPULAN Indigo mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat KRU sebagai penerbit album kedua mereka.

Keputusan itu dibuat agar peminat tidak terus menggaitkan populariti Indigo berpunca daripada kedudukan kumpulan itu sebagai anak didik KRU semata-mata.

Jika kejayaan album pertama Indigo banyak dikaitkan dengan kumpulan rap terkenal itu sebelum ini, kali ini Indigo mahu membuktikan kemampuan mereka sendiri.

''Memang di awal kemunculan, kami amat memerlukan khidmat KRU sebagai penerbit album. Tidak dinafikan, kami seperti mengharapkan tuah yang ada pada KRU serba sedikit terpalit kepada kami.

''Nampaknya, cukuplah dengan album pertama itu,'' jelas Shaz mewakili rakan-rakannya.

Keputusan itu bukan kerana mereka mempunyai masalah dalaman dengan pengurusan KRU ataupun dengan anggota kumpulan itu sendiri.

Jelas Indigo, sebenarnya keputusan KRU untuk tidak terlibat sepenuhnya dalam album kedua Indigo adalah atas kehendak mereka yang mahukan kumpulan itu berdikari seperti Elite.

Album kedua kumpulan itu akan diterbitkan oleh salah seorang jurutera di bawah label KRU Productions sendiri iaitu Archie dan kemungkinan besar dipasarkan pada pertengahan Mei depan.

''Bagaimanapun, ini bukan bererti KRU tidak terlibat langsung di dalam album ini. KRU masih menyumbangkan tiga buah lagu untuk album ini dan ia sebagai bukti bahawa kami tidak pernah melupakan jasa mereka dalam menaikkan nama Indigo,'' jelas Shaz.

Selain itu, katanya, album itu turut menguji kebolehan Indigo sendiri sebagai sebuah kumpulan yang mampu meningkat naik dalam persada seni.

Album pertama mereka yang mendapat sambutan hangat sebelum ini juga diakui mempunyai banyak kelemahan yang wajar diperbaiki pada album akan datang.

Berbanding dengan album pertama yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, kali ini, Indigo mahu lebih berhati-hati memilih lagu terbaik.

''Kami sedar banyak kelemahan yang terdapat dalam album itu. Bagaimanapun, ia tidak mematikan semangat kami untuk terus menghadiahkan album terbaik kepada peminat.

''Nantikanlah album kedua kami ini tidak lama lagi dan banyak pembaharuan yang akan kami lakukan,'' jelas mereka.

Mengambil keberkatan Ramadan yang mulia, Indigo memulakan proses rakaman album mereka itu di studio KRU, baru-baru ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.