saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/01/1998

Minat Rosemaria tidak pernah padam

SOALAN: Bolehkah saudara ceritakan perkembangan terbaru dan latar belakang penyanyi Rosemaria yang pernah popular pada tahun 70-an dulu. Adakah dia ingin aktif kembali?

JAWAPAN: Pertandingan Bintang RTM telah mengenengahkan banyak penyanyi popular tanah air, khususnya juara pertandingan nyanyian tersebut. Salah seorang bintang yang lahir daripada pertandingan itu ialah Rosemaria Abdul Hamid.

Kejuaraan Rosemaria pada tahun 1977 itu memberi peluang kepadanya untuk dikenali sebagai penyanyi rakaman apabila syarikat gergasi pada masa itu, EMI menawarkan kontrak kepadanya.

Baru-baru ini, salah sebuah lagunya berjudul Cinta Yang Menyayat Hati turut dimuatkan di dalam album kompilasi lagu 70-an berjudul Sukma Rindu yang diterbitkan semula oleh syarikat EMI.

Sememangnya, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, pada 11 Ogos 1956 itu mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi.

Malah, pada usia lapan tahun, dia telah menyanyi di khalayak ramai iaitu di majlis perkahwinan saudaranya.

Melihatkan bakat dan minatnya dalam bidang nyanyian, bapanya memainkan peranan sebagai penggalak kepadanya untuk aktif menyanyi sekitar bandar Kota Bharu.

Malah, ketika masih di bangku sekolah, dia menjadi penyanyi tetap kumpulan gambus Delima Adabi.

Rosemaria menyertai kumpulan itu sekitar tahun 1969 dan kerap mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan majlis hiburan lain. Daripada situ, bakatnya mendapat perhatian Radio Tiga Kota Bharu.

Penyanyi itu juga turut diundang menyanyi di dalam rancangan terbitan radio tersebut.

Pada tahun 1972, Rosemaria menyertai pertandingan Bintang Radio dan hanya berjaya ke peringkat akhir tanpa meraih sebarang kejayaan.

Setahun kemudian, bersama kumpulan The Sheens, dia mencuba nasib dalam pertandingan Juara Kugiran dan pada 1976 Rosemaria memasuki pertandingan Bintang RTM, namun masih menemui kegagalan.

Kegagalan berulang-kali itu tidak mematahkan semangat Rosemaria untuk terus mencuba kerana pada masa itu, siri pertandingan tersebut begitu mendapat perhatian untuk mana-mana bintang baru mencipta nama.

Percubaan seterusnya pada tahun 1977 membawa tuah kepadanya.

Lagu Bunga Tanjung dendangannya di pertandingan itu membawa tuah kepadanya dan melayakkan dia bergelar juara.

Selepas kejayaan itu, dia mengambil keputusan untuk berpindah ke ibu kota kerana sedar di situlah tempat yang paling sesuai untuk mencurahkan bakat nyanyian.

Rosemaria juga menyedari sekiranya terus menetap di Kota Bharu, bakat yang ada dalam dirinya mungkin tidak dapat diluahkan sepenuhnya. Ternyata usahanya membuahkan kejayaan.

Ketika album pertamanya berjudul Kisah Kasih dilancarkan, nama Rosemaria mula dikenali.

Namun pada masa itu, dia juga ingin menambah pengalaman menyanyi dan menyertai rombongan Anita Sarawak.

Bersama Anita, dia hanya muncul sebagai penyanyi latar sahaja, namun pengalaman tersebut amat bermakna buatnya kerana banyak pengalaman yang ditimbanya di situ.

Bersama Anita, dia banyak menjelajah negara luar apabila penyanyi terkenal itu mengadakan persembahan di mana-mana negara. Selain bertindak sebagai penyanyi latar, dia juga turut menari.

Daripada sanalah, dia mula belajar menari dan menyerapkannya ke dalam persembahannya apabila muncul secara solo. Malah, terdapat yang mengatakan gaya persembahannya menyerupai persembahan Anita Sarawak.

Kini, Rosemaria kembali menetap di Kota Bharu bersama keluarga dan mengusahakan kedai menjahit pakaian sejak beberapa tahun lalu. Namun, dia tidak pernah sepi daripada bidang nyanyian.

Walaupun tidak mempunyai album terbaru, namun Rosemaria masih lagi aktif menyanyi khususnya dalam persembahan makan malam di sekitar Kota Bharu dan juga persembahan di Radio Tiga Kota Bharu.

Minatnya pada bidang nyanyian tidak pernah padam walaupun kini tidak begitu aktif sebagaimana pada peringkat awal kemunculannya. Dia juga tidak menolak kemungkinan kembali merakamkan album sekiranya berpeluang.

Tambahan pula, sekarang timbul kecenderungan pendengar meminati kemunculan penyanyi lama sepertinya.

KIRIMAN: Siti Hashimah Ali, Pandan Indah, Kuala Lumpur dan Zainah Zainal, Ipoh, Perak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.