saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/01/1998

Halim Saad nafi ceraikan isteri

PETALING JAYA 20 Jan. - Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini bahawa beliau menafikan telah melafazkan talak ke atas isterinya.

Halim memberitahu demikian ketika ditanya oleh Hakim Syarie, Mohd. Shahri Ismail sebelum memulakan perbicaraan bagi permohonan menuntut pengesahan lafaz talak yang dikemukakan oleh isterinya, Puan Sri Norani Zolkiffli.

Dalam kes ini Halim didakwa melafazkan talak dalam satu rundingan bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya pada 6 Mei tahun lalu.

Mohd. Shahri mengajukan pertanyaan sambil berkata: ''Saya nak tanya sikit, sebenarnya lafaz cerai sudah dilakukan atau belum.''

Halim dengan suara tegas menjawab: ''Tidak.''

Beliau hadir di mahkamah itu kira-kira pukul 8.45 pagi ini untuk menjawab tuntutan isterinya.

Sebelum itu mahkamah berkenaan pada 19 Disember tahun lalu mengeluarkan waran tangkap untuk memastikan kehadiran beliau pada hari ini.

Selepas mendengar kata-kata Halim itu, peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Norani lalu memaklumkan bahawa dua sapina telah dikeluarkan kepada Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat dan seorang sahabat kepada bapa Norani, Ismail Awang untuk dipanggil menjadi saksi pada perbicaraan itu.

Serentak itu juga, Norani, 44, tampil ke kandang saksi dan mengucapkan lafaz sumpah untuk memberi keterangan bagi tuntutan pengesahan talak terhadapnya.

Norani menerangkan bahawa beliau bernikah dengan Halim pada 17 November 1979. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Nor Syahadah, 14, Muhammad Taqiuddin, 13, dan Nor Sabrina, 11 tahun. (Ketiga-tiga anak mereka hadir di mahkamah hari ini).

Tambah Norani, beliau bertugas sebagai seorang pengarah syarikat dan suaminya, Halim ialah Ketua Eksekutif Renong Berhad.

''Suami saya telah meninggalkan rumah di alamat No. 8, Jalan 16/6, Petaling Jaya pada bulan Mei 1994. Kalau tak silap saya, dia (Halim) kini menginap di No. 9, Jalan Cerunan, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, '' terang Norani.

Norani berkata, beliau mengemukakan permohonan tersebut ekoran tindakan Halim pada Oktober 1995 yang membawanya ke mahkamah untuk mengesahkan perceraian taklik terhadapnya.

Oleh sebab Halim gagal menghadirkan diri bagi beberapa kali di mahkamah, kes tersebut telah ditolak, katanya.

Namun, Norani menceritakan bahawa beberapa usaha dijalankan untuk menyelesaikan kes rumah tangga mereka di luar mahkamah sejak Oktober 1995 hingga Mei tahun lalu.

Menurut beliau, ini termasuklah cuba diselesaikan oleh sahabat baik bapanya, Ismail Awang dan Mohamed Rahmat. Ismail sebagai wakil bagi dirinya (Norani) manakala Mohamed Rahmat menjadi wakil untuk Halim.

Norani mengatakan bahawa satu rundingan diadakan di antara wakil beliau itu dengan Halim dan juga disaksikan oleh seorang peguam bernama Abdul Rashid Manaf.

Bagaimanapun, kata Norani, beliau sendiri tidak hadir dalam rundingan itu yang diadakan di pejabat Setiausaha UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Mei tahun lalu.

Selepas rundingan itu, kata Norani, adiknya, Zaid Zolkiffli telah membawa wakilnya, Ismail ke rumahnya dan kemudian menceritakan kepada beliau dan juga bapanya, Zolkiffli Ariffin mengenai apa yang berlaku. Turut hadir waktu itu, ibunya, Salmah Jaafar.

Pada peringkat ini, Kamar Ainiah memberitahu mahkamah bahawa ibu bapa Norani tidak akan dipanggil untuk menjadi saksi kes ini.

Ketika disoal balas peguam Muhammad Burok yang mewakili Halim, Norani mengatakan bahawa Ismail telah menyebut setiap patah perkataan yang diucapkan oleh suaminya itu berhubung lafaz cerai tersebut.

Norani mengakui ia hanya rundingan untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya.

''Kes ini saya terpaksa bawa ke mahkamah sebab perkara cerai bukan main-main dan sekarang apa yang dilafazkan Tan Sri (Halim) itu benar. Saya percaya talak telah digugurkan,'' ujarnya.

Muhammad kemudian meminta Norani menerangkan kepada mahkamah perkataan sebenar yang didengarnya daripada Ismail mengenai rundingan itu.

Norani mengatakan bahawa Ismail cuba hendak mengesahkan mengenai kedudukan perkahwinannya dengan Halim dan Ismail memberitahu beliau begini:

''Halim, berdosa buat Nor macam ni. Dalam Islam tak ada gantung tak bertali. Berdosa, tahu.''

Namun begitu Norani bersetuju dengan cadangan soalan Muhammad yang mengatakan Halim kononnya memberi jawapan, ''I tak berdosa, I tahu apa yang I buat. I dah ceraikan dia.''

Selain itu beliau juga bersetuju bahawa lafaz cerai itu mungkin telah digugurkan sebelum atau selepas Mei tahun lalu.

Norani bagaimanapun mengatakan bahawa beliau percaya apa yang disampaikan oleh Ismail itu dan beliau telah memaklumkan kepada peguamnya.

Di samping itu, menurut Norani beliau berusaha untuk bertemu dengan Mohamed Rahmat bagi memastikan perkara sebenar namun usahanya gagal.

Ketika disoal semula oleh Kamar Ainiah, Norani berkata, beliau yakin apa yang diberitahu oleh Ismail kerana setiap perkataan yang disebutkan itu telah diulang-ulang sebanyak lima kali.

Perbicaraan bersambung pada 24 Februari ini.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.