saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/01/1998

Innuendo bukan untuk elit


INNUENDO... harap peminat menerima tanpa sebarang prasangka.


APABILA album seseorang penyanyi itu mencatat jualan yang tinggi, pastinya peminat akan mengaitkan kejayaan itu sebagai penyanyi tersebut bukan sahaja terbaik malah dia telah popular.

Kenyataan ini dapat dilihat daripada beberapa contoh yang berlaku di sekeliling kita, seperti kejayaan yang dicapai oleh Ziana Zain, kumpulan Raihan, Ella, Siti Nurhaliza dan beberapa artis lain.

Bagaimanapun perkembangan yang sebaliknya pula berlaku kepada kumpulan Innuendo yang begitu popular menerusi lagu Belaian Jiwa yang dimuatkan dalam album Inggeris sulung mereka.

Meskipun meraih populariti dalam masa yang singkat namun kumpulan yang dianggotai oleh Sam, Pot, Taj dan Reymee gagal menempatkan nama mereka sebaris dengan penyanyi-penyanyi tersebut.

Bukan sahaja tidak berpeluang melihat album sulung mencatat kejayaan yang memberangsangkan, malah sikap mereka juga kurang disenangi oleh sebilangan besar peminat seni yang mengatakan Innuendo bersikap tidak adil dalam melayan peminat.

Tidak kurang juga yang mengaitkan genre muzik yang dibawa oleh Innuendo hanya layak untuk golongan elit dan sekali gus mengetepikan masyarakat yang datangnya dari luar bandar.

Andainya benar seperti apa yang didakwa, Innuendo bagaikan tidak menghormati profesion mereka sebagai penghibur.

Namun dalam satu pertemuan dengan kumpulan yang bernaung di bawah syarikat rakaman Positive Tone ini, Innuendo tidak menafikan mereka juga banyak mendengar rungutan yang negatif daripada pelbagai pihak.

Malah kumpulan itu juga sedar, ramai yang mengatakan muzik mereka hanya layak didengar oleh golongan elit sahaja.

"Sebenarnya itulah masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita, sukar hendak menerima perubahan. Kami cuba tampilkan konsep yang berlainan hanya semata-mata kerana kami mahu membawa perubahan kepada industri muzik tanah air, tidak lebih daripada itu,'' tegas mereka.

Sehubungan itu, Innuendo dengan tegasnya juga menolak dakwaan bahawa konsep muzik yang ditampilkan oleh mereka hanya layak kepada mereka yang datangnya dari golongan elit sahaja.

"Kami langsung tidak melihat aliran muzik yang kami bawa bagaikan satu pemisah antara Innuendo dengan peminat baik yang datangnya dari bandar mahupun luar bandar.

"Sebaliknya, kami mahu menyatukan peminat menerusi muzik yang serba baru, ada perubahan dalam industri muzik tanah air. Kami berharap peminat khususnya dapat menerima muzik ini tanpa sebarang prasangka,'' jelas mereka lagi.

Ditanya sama ada jualan album mereka yang hanya mencatat angka 35,000 unit selepas tujuh bulan di pasaran ada kaitannya dengan rungutan yang dikaitkan dengan diri mereka, Innuendo tidak menafikan perkara itu mungkin ada kebenarannya.

"Tetapi sebagai album pengenalan kami tidak kecewa jika jualannya mencatat angka yang rendah. Cukup sekadar umum mengetahui kehadiran diri kami di persada seni.

"Mungkin pada masa depan kami akan mempergiatkan usaha untuk memastikan produk yang kami hasilkan dapat menambat hati semua pendengar,'' kata Inneundo lagi.

Kumpulan ini bagaimanapun mempunyai rancangan untuk mengadakan 'club tour' ke seluruh bandar besar di seluruh negara untuk mengadakan persembahan.

Kata mereka, itu salah satu cara menarik perhatian pendengar kerana kumpulan ini yakin dengan kemampuan yang mereka ada. Mereka juga memberitahu, dalam persiapan menghadapi saingan yang semakin sengit kebelakangan ini, Inneundo memberitahu, mereka akan tetap menjadikan kualiti sebagai agenda utama dalam setiap projek yang dirancangkan. - DEAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.