saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/01/1998

Success janjikan yang terbaik


KUMPULAN SUCCESS


Setiap kali album baru muncul, pastinya para peminat menantikan sesuatu yang terbaru dan istimewa berbanding album sebelumnya. Kekuatan lagu dan imej penyanyi menjadi lonjakan utama kepada mereka untuk dikenali.

Hal ini diakui oleh penyanyi kumpulan Success, Aju, mengenai album baru mereka yang akan dipasarkan selepas hari raya ini.

Menurut Aju, album terbaru yang juga merupakan album ketiga kumpulan itu telah pun siap sepenuhnya dan hanya menanti masa yang sesuai untuk dipasarkan. Sebagaimana kumpulan lain, Success juga menampilkan lagu-lagu yang dijangka dapat menarik minat pendengar.

''Kejayaan album kedua dahulu banyak mendorong kami untuk mempersembahkan sesuatu yang lebih istimewa kepada peminat. Walaupun kumpulan kami masih baru tetapi lagu-lagu kami sudah mula diminati. Ini juga memberi perangsang kepada kami untuk bekerja dengan lebih keras,'' ujar Aju.

Katanya lagi, album yang diterbitkan oleh Lan Laga dan Success ini telah menunjukkan beberapa peningkatan dari segi susunan lagu dan juga telah menguji kebolehan anggota Success.

''Album kali ini cukup istimewa kerana Success turut bertindak sebagai penerbit bersama dan turut menyumbangkan beberapa buah lagu dan lirik. Selain itu, kami juga tidak menggunakan pemuzik iringan untuk rakaman muzik album ini malah bermain alat muzik sendiri,'' sambungnya lagi.

Serentak dengan pelancaran album ketiga mereka ini nanti, kumpulan Success juga akan melancarkan Kelab Peminat Success. Kelab peminat ini baru sahaja ditubuhkan dan mereka telah mendapat lebih 100 ahli yang mendaftar.

''Penubuhan kelab ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silratulrahim antara artis dengan peminat. Bagi kami, peminat merupakan salah satu aset terbesar kepada artis. Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk dikongsi bersama peminat selepas ini,'' kata Aju.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.