saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/02/1998

Lemon T popular di radio


KUMPULAN LEMON-T


Kumpulan baru Lemon T gembira dengan pencapaian album sulung mereka, Langkah Kanan yang tiba-tiba melonjak jualannya apabila lagu popular mereka, Kasihku Diambil Orang, menjadi juara dalam beberapa carta lagu di stesen radio tempatan.

Justeru populariti menerusi radio tersebut, jualan album mereka yang dahulunya hanya 1,000 unit, kini melonjak ke 5,000 unit setelah beberapa minggu berada di pasaran.

Kumpulan ini bersyukur dengan pencapaian tersebut dan menganggapnya adalah satu hadiah untuk mereka pada musim perayaan ini.

Mereka sedar dalam kegawatan ekonomi negara ketika ini, industri muzik turut mendapat tempiasnya, apatah lagi dengan pasaran album sulung yang belum dikenali oleh para pendengar.

Lemon T yang terdiri daripada lima anggota iaitu Amir sebagai vokalis, Lee, Pojie, Angah dan Jali, juga menganggap pencapaian itu adalah sesuatu yang perlu dibanggakan lantaran mereka masih baru dan tidak berpengalaman dalam dunia muzik.

Mereka percaya sentuhan Saari Amri yang menyumbangkan sembilan lagu masih mampu menambat hati pendengar terutama di kawasan luar bandar.

Tambah Lemon T, mereka juga percaya yang jualan album mereka akan mengambil masa untuk laris memandangkan keadaan ekonomi negara yang goyah. Apa pun, mereka berharap agar keadaan tersebut tidak lama.

Menurut Eksekutif Promosi EMI, Shima Nikmat, pasaran pertama album Lemon T telah tersangkut buat seketika dengan jualan sebanyak 1,000 unit.

''Tetapi selepas lagu mereka menjadi juara dalam stesen radio Shah Alam dan Radio Rediffusion selama empat kali, tiba-tiba penjualan album itu meningkat ke 5,000 unit.

''Kami percaya sekiranya lagu tersebut kekal lama sebagai juara, tidak mustahil yang jualan album mereka akan meningkat,'' beritahunya.

Selain lagu Kekasihku Diambil Orang yang meniti di bibir peminat, lagu lain yang turut popular ialah Kekasihku, Kerana Janji, Sengketa Di Jiwa dan Ketuk Dan Buka.

''Oleh kerana album ini adalah sebuah album yang memuatkan lagu-lagu yang berentak perlahan, hasil ciptaan Saari Amri, maka kami percaya ia mudah mendapat tempat di kalangan pendengar luar bandar.

''Cuma mungkin keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil, menyebabkan jualan album ini terganggu,'' beritahu Shima.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.