saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/1998

Rahmad rakam lagu ciptaan L.Y.

BANYAK komposer tempatan yang menghimpunkan lagu-lagu ciptaan mereka dalam sebuah album istimewa bagi memudahkan penggemar memiliki koleksi yang memuatkan lagu-lagu popular.

Antara komposer yang telah lama mengabadikan album sedemikian ialah Saari Amri dan Johari Teh. Himpunan lagu-lagu ciptaan mereka telah mendapat sambutan hangat daripada para penggemar muzik.

Komposer L.Y. yang sedang hangat dengan lagu Sedalam Mana Cintamu, nyanyian Safura, turut mengabadikan lagu-lagu ciptaannya dalam sebuah album istimewa.

Album tersebut yang diberi judul Adunan Ilham L.Y. - Luahan Rasa Rahmad adalah gabungan dua nama yang terlibat dalam bidang muzik sejak sekian lama.

Namun, album ini agak berbeza kerana ia mengutarakan penyanyi Rahmad yang membawakan semula setiap lagu ciptaannya, bukannya penyanyi asal lagu tersebut.

Rahmad dipilih sebagai penyanyi kepada lagu-lagu ciptaan L.Y. kerana komposer ini yakin dengan kemampuan Rahmad yang juga boleh membawakan lagu-lagu itu sebaik penyanyi asalnya.

Tambahan pula, menerusi lagu nyanyian Rahmad dan kumpulannya Mega, Bayangan Gurauan, nama L.Y. atau nama sebenarnya Rozman Shafie telah dikenali ramai.

L.Y. yang bertugas sebagai seorang guru, telah mencipta banyak lagu popular yang ternyata menawan hati penggemar muzik tempatan.

Antara lagu ciptaannya yang dimuatkan dalam album ini ialah Bayangan Gurauan (Mega), Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza), Akulah Kekasihmu (AXL'S), Kepadamu Kekasih Hati (Sting), Merisik Janji (EYE), Gering (Ali Terra Rossa), Dari Kerana Mata (Leon), Impian (Yantzen), Cintaku Padamu dan Rahsia Pohon Cemara (Exists).

Bagi memantapkan lagi album koleksi ini, sebuah lagu baru turut dimuatkan iaitu Mengapa II. Lagu itu adalah kesinambungan lagu Mengapa yang dipopularkan oleh Nicky Astria.

Bagi memberi kelainan kepada album ini seiring dengan nyanyian semula oleh Rahmad, sebanyak 11 buah lagu tersebut digubah semula dengan susunan muzik terbaru. Album itu telah berada di pasaran ketika ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.