saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/02/1998

Ieda bawa haluan sendiri

PERPECAHAN di kalangan kumpulan wanita memang kerap berlaku. Telah banyak contoh mana-mana kumpulan yang dianggotai oleh artis wanita, akhirnya menemui kehancuran apabila masing-masing berdepan dengan pelbagai dugaan dan masalah.

Kalaupun kumpulan artis wanita itu masih wujud, anggota asalnya telah tiada, sebaliknya diganti dengan muka-muka baru dengan hanya seorang dua anggota lama. Antara kumpulan yang kini hanya tinggal nama ialah kumpulan Freshies, Sugar, M'steen dan sebagainya.

Nasib malang itu kini melanda kumpulan Dewi. Dua anggotanya iaitu Erin dan Ieda, telah membawa haluan sendiri, manakala Aza dan anggota baru yang menggantikan Erin iaitu Linda, masih mempertahankan kedudukan kumpulan Dewi.

Bekas anggota Dewi, Ieda memberitahu, dia terpaksa melupakan kumpulan Dewi lantaran beberapa masalah yang timbul termasuk pembabitan Ieda dalam sebuah album metal A Go Go, terbitan Polygram Records.

Katanya, bukan dia tidak kecewa, malah berasa pilu apabila kumpulan itu sendiri telah memperkenalkan namanya di bidang seni suara, tetapi terpaksa pula berdepan dengan keadaan itu.

Kata Ieda, sejak mula menganggotai Dewi, dia telah merasakan sesuatu akan berlaku kepada ketiga-tiga anggota itu. Bagaimanapun, persefahaman masih wujud ketika itu dan mereka sendiri cuba mengekalkan sebaik mungkin.

''Saya tidak mahu mengungkit zaman silam kerana tidak mahu menyentuh hati mana-mana pihak. Cukuplah kalau saya katakan yang mungkin jodoh kami tidak panjang dan kami terpaksa berpecah.

''Saya sendiri sudah dapat agak sejak awal yang kami mesti tidak tahan lama. Terutama apabila masing-masing menghadiri promosi di majalah secara individu.

''Tambahan pula apabila album kedua yang dijanjikan tidak muncul, maka saya kecewa dengan keadaan ini. Apabila sudah tidak sefahaman, lebih baik saya menarik diri,'' beritahu Ieda dengan nada kecewa.

Katanya, pembabitannya dalam album metal dengan menyampaikan tiga buah lagu, semakin merenggangkan hubungan Dewi kerana dia sendiri sibuk mengadakan promosi bersama Polygram.

Dia telah memberi surat penarikan dirinya kepada Joe Entertainment, syarikat yang menaungi kumpulan Dewi, pada November lalu. Kini, dia secara rasmi dilepaskan daripada Dewi.

Tidak lama lagi, Ieda akan mengikat kontrak di bawah syarikat rakaman Polygram Records sebagai penyanyi solo.

Ieda memberitahu, dia juga tidak pasti sama ada kumpulan Dewi masih wujud atau sebaliknya memandangkan dia sendiri sudah tidak bersama dengan dua rakannya itu.

Perpisahannya dengan Dewi sedikit sebanyak memberi kesan kepada Ieda. Namun, dia tidak mahu kekecewaan itu membendung dirinya daripada meneruskan minat dalam dunia seni yang kini menjadi mata pencarian utamanya.

''Siapa yang tidak sedih. Siapa-siapapun akan kecewa apabila kumpulan yang membawa diri ke tengah persada seni kini sudah jadi kenangan sahaja. Banyak yang kami tempuhi, suka dan duka, tetapi kerana keadaan saya terpaksa menarik diri.

''Begitupun, saya mengharapkan agar Dewi juga berjaya. Dan saya pula mahu terus berusaha dengan album solo saya nanti,'' jelas Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.