saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/02/1998

Malaysia, Yaman materai 3 perjanjian persefahaman


ALI Abdullah Saleh (kiri) bersama Tuanku Ja'afar dan Dr. Mahathir Mohamad berjalan bersama selepas majlis sambutan rasmi di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMUR 11 Feb. - Malaysia dan Yaman menandatangani tiga perjanjian kerjasama dan satu memorandum persefahaman bagi mempertingkatkan kegiatan ekonomi kedua-dua negara secara lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika mengadakan perbincangan dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh berkata, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan secara aktif.

''Dr. Mahathir yakin Yaman boleh dijadikan pintu pasaran penting ke Afrika termasuk Somalia dan Ethopia,'' kata Menteri Luar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika memberikan taklimat kepada pemberita selepas pertemuan itu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Abdullah turut menjelaskan pertemuan kedua-dua pemimpin hari ini amat berhasil dan penting bagi kedua-dua negara menilai dan mencari peluang baru dalam perdagangan.

Kedua-dua pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) bersetuju meningkatkan kerjasama dalam forum antarabangsa dan pada masa yang sama juga turut membincangkan perkembangan di Timur Tengah terutama pergolakan politik semasa.

Presiden Ali dan delegasi perniagaan dan perdagangan Yaman sedang melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia dan dijangka menemui ahli perniagaan Malaysia bagi membincangkan peluang perdagangan dua hala.

Beliau dan rombongannya yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz pagi ini disambut oleh Abdullah dan diberikan sambutan rasmi di Dataran Parlimen sebelum mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir di JPM.

Terdahulu di Dataran Parlimen, Presiden Ali yang diiringi 69 anggota rombongan untuk lawatan rasmi empat hari disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja'afar dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah.

Presiden itu kemudian memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada 107 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai oleh Mejar Roomai Noor Mohamed.

Presiden Ali, yang mengambil alih jawatan sejak 22 Mei 1990 kemudian diperkenalkan kepada para menteri Kabinet dan orang kenamaan asing.

Malam ini, Presiden Ali menghadiri jamuan negara yang diberikan oleh Tuanku Ja'afar di Istana Negara.

Republik Yaman terletak di barat daya Semenanjung Arab bersempadan dengan Arab saudi di sebelah utara, Laut Merah di barat, Oman di timur dan Laut Arab di selatan.

Yaman adalah satu-satunya negara yang mengamalkan sistem demokrasi pelbagai parti di Semenanjung Arab.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.