saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/02/1998

Pasar raya jual hasil pertanian diwujudkan

JASIN 13 Feb. - Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd., (PPM) akan membuka tiga buah pasar raya mulai bulan depan khusus untuk memasarkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin berkata, penubuhan pasar raya tersebut bertujuan mewujudkan rangkaian pemasaran yang menyeluruh kepada petani untuk menjual hasil tanaman mereka.

Beliau berkata, setakat ini PPM yang merupakan anak syarikat Yayasan Melaka bercadang membuka sekurang-kurangnya sebuah pasar raya di setiap daerah, iaitu Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah.

''Jika perlu pasar raya yang sama akan juga dibuka di Merlimau dan Masjid Tanah,'' katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Galakan Tanaman Sayuran Keliling Rumah dan Kawasan Terbuka peringkat negeri di Kampung Rim, dekat sini hari ini.

Menurutnya, pasar raya itu kelak akan dapat membantu petani-petani yang menanam sayur-sayuran secara kecil-kecilan atau penternak-penternak untuk memasarkan hasil keluaran mereka.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu, Ketua Menteri berkata, usaha-usaha yang lebih gigih perlu dibuat supaya negeri ini bebas daripada masalah tanah sawah yang terbiar.

Menurutnya, masalah itu perlu diselesaikan sebelum menjelang tahun 2000 dengan cara mengusahakan tanah tersebut dengan aktiviti-aktiviti pertanian.

Beliau memberitahu, sehingga akhir tahun lalu, seluas 2,890 hektar atau 26 peratus daripada keseluruhan tanah di negeri ini dikenal pasti merupakan tanah sawah yang terbiar.

Abu Zahar berkata, sekiranya pemilik tanah tidak berupaya mengerjakan tanah tersebut, pihak lain diharap tampil ke hadapan untuk memajukan tanah itu secara komersial menerusi perjanjian yang adil antara kedua pihak.

Dalam pada itu, beliau menambah, kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bercadang mengubah suai sebuah muzium di Jasin untuk dijadikan Muzium Pertanian yang pertama di negara ini.

Menurutnya, penubuhan muzium itu diharap dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik dan pelajar untuk menimba ilmu mengenai pertanian pada zaman dahulu.

Sehubungan dengan itu, katanya, semua pihak diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat dan menyerahkan bahan-bahan sejarah berkaitan dengan bidang pertanian.

Menurutnya, kewujudan muzium berkenaan bukan sahaja memberi pengetahuan berguna kepada orang ramai malah mampu menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.