saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/02/1998

Ramlah mahu martabatkan lagu asli


RAMLAH RAM


PENYANYI Ramlah Ram sememangnya tidak asing dengan lagu-lagu berkonsepkan asli dan tradisional. Malah, ketika membabitkan diri dalam bidang nyanyian sejak lebih 10 tahun lalu, Ramlah bermula dengan lagu-lagu Ghazal.

Selepas merintis populariti dengan lagu-lagu pop dan dandgut, Ramlah kini kembali semula ke konsep asli dan tradisional.

Penyanyi itu kini telahpun merakamkan sebuah album tradisional berjudul Sekeping Cinta Sehampar Janji yang baru saja dipasarkan.

Album itu memuatkan lagu-lagu berentak ghazal, asli, zapin dan lain-lain dimuatkan di dalam album terbarunya itu.

Ramlah memberitahu, hasrat merakamkan album tradisional sudah lama dipendamkannya.

Namun, hanya kini dia baru berpeluang berbuat sedemikian setelah lebih 10 tahun mencipta nama di dalam bidang nyanyian.

''Saya tidak dapat menghasilkannya lebih awal kerana syarikat rakaman merasakan masa itu belum sesuai,'' kata Ramlah.

Pada ketika lagu-lagu tradisional mula mendapat tempat di hati peminat, syarikat rakaman BMG yakin untuk memasarkan album tersebut secara komersial.

''Saya tidak manganggap kemunculan album itu sebagai mengikuti jejak penyanyi lain yang telah menghasilkannya terlebih dahulu. Apa yang saya hasilkan tidak sama dengan lagu mereka,'' kata Ramlah lagi.

Tambahan pula, Ramlah dan BMG telah lama memulakan rakaman album itu, bagaimanapun ia tertangguh ekoran beberapa masalah teknikal.

Penyanyi itu juga mahu memastikan lagu-lagu yang akan dinyanyikan itu dalam album itu berkualiti.

Menurut Ramlah, album terbarunya berkonsep pop tradisional. Walaupun muzik dan iramanya tradisional, namun dia menyelitkan lirik yang selari dengan muzik pop semasa.

Album tersebut menggunakan khidmat Herman Tino, Ramli MS, M. Nasir dan Bob Rezal sebagai penerbit bersama.

Album itu memuatkan banyak lagu menarik termasuk lagu duet Ramlah bersama M. Nasir.

Ramlah juga melahirkan rasa bersyukur kerana impiannya untuk tampil dengan album sedemikian terlaksana.

''Kalau dulu, saya kerap menyanyikan lagu tradisional di dalam persembahan pentas dan program hiburan televisyen.

''Tetapi, sekarang saya telah menghadiahkan sebuah album bonus kepada peminat yang menantikan album tradisional daripada saya,'' kata Ramlah yang masih mampu mempertahankan popularitinya.

Ramlah juga ingin melihat lagu-lagu tradisional kembali diangkat ke martabatnya kerana memikirkan bahasa Melayu amat sesuai dengan lagu tradisioal kerana kelembutan bahasa itu sendiri.

Penyanyi itu menganggap kelembutan bahasa Melayu akan lebih indah apabila dialunkan dalam irama tradisional berbanding lagu moden, ujar Ramlah yang positif terhadap sambutan album tersebut.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album itu ialah Satria, Kekasih, Kerana Janji, Gurindam Jiwa, Luka Yang Hiba, Zapin Yang Tinggal, Antara Kasih, Sayang dan Cinta, Jujurku Katakan, Sekeping Cinta Sehampar Janji dan Ala Canggung. Lagu Ala Canggung dinyanyikan secara duet bersama M. Nasir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.