saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/02/1998

Skuad Melaka tak jadi diswasta

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) membuat keputusan untuk menguruskan sendiri pasukan Liga Perdana Melaka musim ini, sekali gus menolak khidmat Flashtasia Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang dikatakan akan mengendalikan pasukan negeri ini, SOPHA SULAIMAN melaporkan.

''MAFA hari ini menolak untuk menswastakan pasukan negeri ini kepada syarikat itu,'' kata timbalan presiden persatuan itu, Abdul Aziz Majid selepas mesyuarat khas eksekutif MAFA di sebuah hotel di Melaka, semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Mohamed Jais sementara pihak Flashtasia tidak menghantar wakilnya.

Menurut Aziz, berikutan keputusan tersebut, MAFA akan mengendalikan skuad negeri ini seperti biasa termasuk memilih pemain dan melantik Soh Chin Aun sebagai pengurus dan G. Torairaju selaku ketua jurulatih akan memutuskan pengambilan pemain-pemain.

''Tidak ada lagi pengurusan dan ketua jurulatih bersama, " kata Aziz yang memberi alasan bahawa penolakan Flashtasia disebabkan pendirian syarikat itu yang ''tidak tetap.''

Sementara itu, kata Aziz, MAFA akan memilih pemain-pemain untuk mewakili skuad negeri pada hari Isnin ini dan sekiranya mereka bersetuju dengan syarat yang ditetapkan, kontrak akan ditandatangani pada hari yang sama.

''Kita sekarang mempunyai 21 orang pemain termasuk dua pemain import dari Cameroon yang bakal diuji kemampuan mereka, " ujarnya.

Empat pemain negeri yang dijangka dikekalkan ialah S. Balan, Leong Hong Seng, Mohd. Helmy Farouk dan K. Ravichandran, kata Aziz.

Mengenai bekas pemain Melaka Dollah Salleh dan bekas pemain Selangor, Ismail Ibrahim, Aziz menyatakan MAFA masih membuka tawaran untuk mereka menyarung jersi negeri ini, tetapi harus mengikut syarat yang ditawarkan.

''Kita perlukan pemain yang sanggup berkorban dan bukan semata-mata mengharapkan gaji yang tinggi terutama ketika kemelut eknomi negara sekarang,'' kata Aziz.

MAFA mencadangkan peruntukkan untuk musim ini dikurangkan kepada RM1.2 juta sahaja, katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.