saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/02/1998

Ani Mayuni serius mencipta lagu


ANI MAYUNI.


TIDAK ramai artis wanita di negara ini yang mampu mencipta lagu dan bermain alat muzik. Walaupun terdapat beberapa penyanyi yang mampu berbuat demikian seperti Nadia, Abot, Aishah, kumpulan Candy dan beberapa orang lagi, tetapi jumlahnya amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan artis lelaki.

Namun, kebolehan kaum wanita hari ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Beberapa pertandingan mencipta lagu yang diadakan di negara ini juga telah membuktikan artis wanita turut berpotensi dalam bidang penciptaan lagu.

Bagi membuktikan kebolehan artis wanita itu, penyanyi berpotensi, Ani Mayuni, 20, bergiat serius dalam bidang tersebut.

Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, telah mempunyai banyak koleksi lagu ciptaannya sendiri.

Lebih menarik, dia tidak cenderung dengan satu rentak lagu sahaja, malah koleksi lagu ciptaannya dipelbagaikan.

Walaupun Ani muncul dengan album dangdut pertamanya yang berjudul Dangdut Goyang Malindo, tetapi dia mampu mencipta lagu pelbagai rentak seperti pop dan slow rock.

''Saya memang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik. Sekarang ini saya perlulah mengumpul modal dahulu untuk membiayai pengajian itu nanti,'' katanya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah muzik.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Terang Bulan ini, dia belajar bermain alat muzik dengan bapanya, Osman Mayuni. Buat permulaan ini, alat muzik pilihan Ani ialah gitar.

''Walaupun telah banyak menghasilkan koleksi lagu, tetapi saya masih belum berani untuk merakamkannya atau memberikan lagu tersebut kepada artis lain. Tetapi dalam album saya bersama kumpulan Sugar yang lalu, saya ada menyumbangkan sebuah lagu,'' jelasnya.

Bekas penyanyi kumpulan Sugar ini pernah menunjukkan kebolehannya mencipta lagu apabila lagu Asalkan Bahagia dimuatkan di dalam album kumpulan tersebut.

Untuk album solonya yang pertama ini, Ani Mayuni masih belum bersedia kerana tidak begitu mahir mencipta lagu berentak dangdut.

Kata Ani, penerbit albumnya, Iwan, ada meminta Ani menyumbangkan sebuah lagu untuk album Dangdut Goyang Malindo, tetapi dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.

Menyentuh tentang album terbarunya itu, Ani ternyata berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh para peminat.

Antara lagu yang mendapat perhatian sekarang ini ialah Terang Bulan, Dasar Buaya Cinta dan Goyang Malindo.

Ujarnya, dia terpaksa bekerja keras untuk mempromosikan album tersebut kerana mahu peminat menerimanya sebagai artis solo bernama Ani Mayuni dan tidak dikaitkan dengan bekas kumpulannya, Sugar.

''Dengan nama baru ini, saya lebih selesa dan berharap agar peminat menerima kehadiran saya sebagai artis solo.

Saya juga berasa terharu kerana sudah ramai yang menyedari kehadiran Ani Mayuni dengan konsep dangdut ini,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.