saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/02/1998

East cuba rentak metal

Percubaan merakamkan semula lagu-lagu yang pernah popular pada era 60-an mendapat sambutan baik daripada kalangan pendengar tempatan.

Bukan setakat itu sahaja, lagu-lagu ini yang diberi nafas baru dalam rentak metal, boleh diterima ramai sehingga memberikan keuntungan berlipat ganda kepada syarikat rakaman.

Melihat keghairah kumpulan lain yang terus muncul dengan album berentak metal, tiga anak muda daripada kumpulan East, yakin album pertama mereka akan diterima peminat.

Album yang mengetengahkan irama metal ini dianggap sebagai salam perkenalan daripada Azmee Manaf, Shamsul Kamal Osman dan Rashdan Rahmat yang menganggotai kumpulan ini.

''Dengan album ini, kami yakin mampu bersaing dengan muzik yang dibawakan oleh kumpulan lain yang telah sedia ada.

''Sekalipun telah telah terlalu banyak kumpulan yang tampil dengan album metal, kami tidak gentar untuk bersaing. Sebagai kumpulan baru, kami mempunyai strategi tersendiri berhadapan dengan keadaan ini,'' jelas Azmee.

Album berjudul Generasi Metal itu diterbitkan oleh Azmee yang juga bertindak selaku vokalis kumpulan yang bernaung di bawah bumbung syarikat NSR itu.

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut ialah, Generasi Metal, Forbiden Knowladge, Kerana Cinta Aku Turutkan, Bebaskan Aku, Gerak Pantas, Silam, Sempadan Terakhir, Damai, Bersanma Akhirnya dan sebuah lagu ciptaan P. Ramlee, Bunyi Gitar.

''Kami tidak menganggap pengubahsuaian lagu Bunyi Gitar dengan menampilkan irama metal boleh mencacatkan keaslian lagu ini. Ia sebaliknya akan memperluaskan lagu ciptaan lama kepada generasi baru,'' jelas Azmee lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.