saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/03/1998

Screen akui kurang dikenali

Kumpulan Screen yang popular menerusi lagu Tak Suka Tak Apa sedar yang mereka lebih dikenali hanya melalui lagu berbanding penampilan di kaca televisyen atau pun media cetak.

Menurut kumpulan ini yang terdiri daripada empat anggota ini, keadaan tersebut berlaku bukan kerana kurang promosi atau sebagainya, sebaliknya kesibukan mereka mengendalikan perniagaan kedai makanan di Pelabuhan Klang.

Lantaran itu, Screen yang banyak menumpukan masa pada perniagaan hanya dapat memenuhi promosi dan pertunjukan di hujung minggu sahaja.

Bagaimanapun, Screen yang dianggotai oleh Jimi, Wan, Hashim dan Man mempunyai perancangan lain untuk bertemu para peminat mereka secara lebih dekat menerusi kelab peminat. Kelab ini akan dilancarkan serentak dengan album kedua mereka, Kau Saja Dihati pada 9 Mac ini.

Kumpulan ini juga merancang untuk mengembangkan dunia seni mereka menerusi perniagaan dengan mengujudkan Screen Studio, yang memberi peluang untuk anak-anak muda berlatih vokal, bermain muzik dan sebagainya.

Menurut Jimi, operasi studio mereka itu dijangka bermula pada pertengahan Mac ini. Studio itu dibuka dengan berkongsi dengan salah seorang rakan mereka, Brother Bob.

Jimi memberitahu, perniagaan tersebut dilihat sebagai salah satu cara untuk mereka berdikari dalam perniagaan yang berkaitan dengan muzik kerana mereka telah mengambil keputusan untuk serius dalam bidang tersebut.

''Kami sedar yang kami kurang dikenali oleh peminat selain daripada lagu-lagu kami. Tetapi kami tidaklah begitu kecewa kerana kami mempunyai tanggungjawab lain.

''Kelab peminat dan studio memudahkan kami berhubung rapat dengan para peminat di samping kerjaya kami dalam perniagaan. Apa pun, kami tidak akan meninggalkan perniagaan makanan kami kerana kami mempunyai keluarga yang boleh mengendalikannya,'' beritahu Wan pula.

Menurut Wan, kumpulan itu sebenarnya merancang untuk membuka perniagaan bagi Screen iaitu diusahakan oleh mereka sendiri sebagai salah satu cara untuk memajukan kumpulan.

Bagi Screen, ia perlu dilakukan untuk masa depan kumpulan itu. Tidak ada masalah besar yang terpaksa dihadapi memandangkan mereka berasal dari tempat yang sama iaitu dari Klang.

Kini kumpulan ini hanya menunggu waktu pengedaran album kedua mereka setelah melihat kejayaan album pertama Sha Na Na yang telah terjual hampir 50,000 unit. Kesemua anggotanya berbangga dengan kejayaan tersebut walaupun mereka kurang dikenali ramai.

Album kedua itu masih mengutarakan konsep pop rock tetapi membuat sedikit perubahan dengan penambahan lagu berentak metal dan alternatif sebagai memenuhi citarasa muzik semasa.

Album ini diterbitkan oleh Kamal Bahrin, Lan Laga dan Belle. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Kau Saja Di Hati, Kita Ditakdirkan Berpisah, Kau Kesayanganku, Rasa Rindu Tak Terkira, Pandangan Pertama, Kasih Tak Kesampaian, Rindu Padamu dan Bila Kau Kata Kau Sayang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.