saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 09/03/1998

Pakaian tradisional... keunikannya menyerlah

KEUNIKAN pakaian tradisional Malaysia tidak payah diceritakan lagi lantaran ia bukan sekadar menjadi pilihan masyarakat tempatan tetapi turut disanjung di peringkat antarabangsa.

Kurung, kebarung, baju kedah juga pakaian tradisional pelbagai suku kaum di Sabah dan Sarawak turut mendapat tempat khususnya pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan.

Selain buatannya yang halus, keindahan pakaian tradisional Malaysia bergantung penuh kepada coraknya yang mencerminkan kehalusan budi bahasa dan tingkah laku masyarakat Malaysia.

Biarpun arus kemodenan melanda dunia fesyen tempatan, pakaian tradisional tetap unggul dan menjadi pilihan kebanyakan wanita yang mementingkan warisan dan adat budaya turun temurun.

Malah pakaian-pakaian yang menjadi kebanggaan kita ini tetap mendapat tempat dan diketengahkan dalam upacara-upacara rasmi khususnya ketika meraikan tetamu dari luar negara.

Biasanya pakaian seperti baju kurung, kebaya, kebarung dan baju kedahi hanya digayakan oleh para penari yang mempersembahkan tarian kebudayaan.

Namun sebagai pecinta kebudayaan dan warisan tentunya generasi muda harus diberi kesedaran supaya kembali memakai pakaian sedemikian agar mereka tahu menghargai nilai warisan nenek moyang.

Selain keindahan pada pakaian itu penggunaan perhiasan seperti sanggul lintang, kalung, tiara dan selendang turut memainkan peranan menambahkan keseniaan pakaian tradisional terutama penampilan si pemakainya.

Kebanyakan pakaian tradisional ini diperbuat daripada kain songket tenun emas atau perak yang mengambil masa lama untuk disiapkan.

Begitu juga dengan pakaian tradisional dari Sabah dan Sarawak yang sungguh tinggi mutu buatannya. Kindahannya menyerlah dengan pemakaian aksesori dan perhiasan kebanggaan turun temurun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.