saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/03/1998

Kamus elektronik terkecil dilancar


Najib Tun Razak menekan suis bagi melancarkan produk Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1 sambil diperhatikan oleh Abdul Rahim Abu Bakar (kiri) dan Adnan Maaruf di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Mac - Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1, satu-satunya kamus elektronik sebesar tapak tangan di dunia bagi bahasa Melayu yang dilancarkan hari ini, akan digalakkan penggunaannya di semua sekolah di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya menggesa semua sekolah membeli kamus berharga RM1,288 itu berikutan keupayaannya mencakupi pelbagai fungsi, yang menjadi bahan sokongan pembelajaran bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan pendidikan sekolah bestari.

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan berunding dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Maprint Sdn. Bhd. dan Inventec Group dari Taiwan, yang bertanggungjawab menghasilkan kamus mudah alih tersebut, mengenai harga yang berpatutan untuk ditawarkan kepada pelajar.

''Oleh kerana fungsi kamus ini amat luas, kementerian akan menggesa semua sekolah membeli kamus elektronik ini supaya pelajar dapat memahirkan diri dan mampu meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa Melayu,'' katanya selepas melancarkan kamus berkenaan di DBP di sini hari ini.

Kamus telapak yang dihasilkan hampir setahun ini mempunyai lebih 20,000 kata masukan utama di samping contoh ayat, frasa, antonim atau sinonim, sebutan bagi semua kata Inggeris, dapat mencari perkataan yang diingini dan cari silang sebanyak 20 tahap dalam kamus Inggeris-Melayu.

Ia juga mempunyai 36,000 kata masukan utama di samping kata terbitan, contoh ayat, frasa dan kata, dapat diulangkaji dengan ujian sendiri.

Besta DBP-1, yang mengandungi Kamus Melayu-Melayu (Kamus Dewan Edisi Ketiga), Kamus Inggeris-Melayu (Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas) dan Kamus Melayu-Inggeris turut membolehkan individu memperolehi lebih 66,000 kata masukan di samping kata terbitan, contoh ayat, frasa atau peribahasa.

Selain kamus, Besta DBP-1 juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti latihan sebutan baku, istilah praktikal, permainan minda, pengurusan kad nama, memorandum, paparan waktu, takwim, tukaran mata wang dan sejarah Malaysia.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, hasrat kerajaan untuk mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa yang unggul dan tersohor di dunia tidak akan tercapai sekiranya Malaysia tidak mengikuti perkembangan teknologi multimedia dan bergerak seiring dengan bahasa-bahasa Melayu dunia.

Sehubungan itu, kata beliau, DBP yang dipertanggungjawabkan untuk membina dan mengembangkan bahasa dan sastera Melayu, harus menerbitkan kamus elektronik dalam pelbagai bentuk supaya pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

''Saya ingin menyarankan agar kamus-kamus DBP dijual dalam bentuk CD-Rom dan disebarkan melalui Internet.

''Ini bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan komputer dan kamus di Malaysia, malah akan mempermudahkan pencarian maklumat kamus oleh pengguna di seluruh dunia melalui Internet.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, A. Aziz Deraman berkata, sejumlah 20 hingga 30 sekolah setakat ini sudah menempah 2,000 kamus komputer tersebut, yang pada masa ini melibatkan pengeluaran pertamanya sebanyak 12,000 buah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.