saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 12/03/1998

10 briged para anggota elit yang disegani


Kemahiran membawa turun rakan yang 'cedera' dari bangunan atau bukit yang curam dalam keadaan kritikal.


Ex-Halilintar di Langkawi pada Oktober 1994, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, telah membuktikan keupayaan PAC yang merangkumi 10 Briged Para, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Setelah lima tahun penubuhan 10 Briged (Para), baru-baru ini, Panglima Tentera Darat yang baru, Jeneral Datuk Mohd. Zahidi Zainuddin telah melakukan lawatan rasmi ke briged elit itu untuk melihat sendiri kesiapsiagaan para anggotanya di Kem Terendak, Melaka.

Beliau telah diberi taklimat secara terperinci oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Azumi Mohamad.

10 Briged (Para) ini merupakan kebanggaan ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana keupayaannya melakukan atur gerak dan menggempur kedudukan musuh dengan pantas dan berkesan.

Mereka dipanggil anggota elit kerana peranan pengkhususan dari segi kepakaran, ketangkasan, bersemangat waja dan berani. Setiap anggota yang bergelar 'Para' diwajibkan mengikuti latihan pengguguran payung terjun dan pelbagai taktik tempur.

Briged elit ini terdiri daripada Batalion kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD), Batalion ke-17 RAMD, Batalion kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 Renjer), yang merupakan ketumbukan utama dalam briged ini, dengan dibantu oleh elemen-elemen daripada Rejimen Artileri Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja, Rejimen Semboyan Diraja, Kor Perkhidmatan, Kor Armor Diraja, Kor Ordnan Diraja, Kor Kesihatan Diraja, Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja, Kor Polis Tentera Diraja dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

Dengan adanya pelbagai komponen tersebut, mereka bukan sahaja mampu diatur gerak untuk menyerang kedudukan musuh, malah untuk tugas-tugas operasi khas.

Selepas majlis taklimat itu, Mohd. Zahidi menyaksikan sendiri satu demontrasi khas daripada 8 Renjer (Para) yang merangkumi latihan penerjunan yang dilakukan di atas tanah, latihan-latihan kemahiran individu seperti turun menggunakan tali dari bangunan tinggi iaitu 'abseiling' dan 'repelling', latihan menang tempur, latihan senjata semboyan dan baca peta.

Beliau kemudiannya melawat ke kampung Ikhtiar Hidup briged elit itu.

Pasukan 8 Renjer para yang menggunakan warna hijau dan merah sebagai warna batalion dan cogan katanya 'Agi Idup Agi Ngelaban' memang terkenal dengan ketangkasan dan semangat keperwiraan di kalangan pegawai dan anggotanya, telah menunjukkan demonstrasi yang mengagumkan.

Berdasarkan catatan sejarah, batalion ini boleh berbangga dengan kejayaan mereka membanteras pengganas komunis dan kejayaan anggota pasukan tersebut dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), iaitu Pegawai Waran II Kanang anak Langkau.

Selepas demonstrasi itu, Panglima Tentera Darat mengambil kesempatan untuk berkenalan dan bertanya khabar kepada para anggota 8 Renjer Para untuk terlibat dalam demonstrasi itu.

Terdahulu, Mohd. Zahidi telah diberi penghormatan penuh istiadat 10 Briged Para iaitu dianugerahkan Beret Maroon (merah tua) dan Sayap Penerjunan Kehormat oleh Mohd. Azumi.

Beret Maroon yang dipakai oleh para anggota PAC merupakan satu 'distinctive headgear' yang menjadi simbol pasukan elit dan diguna pakai oleh pasukan-pasukan payung terjun antarabangsa.

Beret Maroon Kehormat dianugerahkan kepada para pemimpin tertinggi ATM yang telah menunjukkan komitmen yang sepenuhnya kepada tugas dan tanggungjawab mereka khususnya sumbangan kepada pasukan Para.

Sejak 10 Briged (Para) ditubuhkan, beret maroon kehormat yang pertama telah dianugerahkan kepada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Ismail Omar dan bekas Panglima Tentera Darat yang lalu, Jeneral Datuk Ismail Hassan, sebagai penerima yang kedua.

Mohd. Zahidi merupakan penerima ketiga beret maroon dan sayap penerjunan kehormat di atas ketaatsetiaan dan jasa-jasa beliau kepada bangsa, agama dan negara serta semua warga 10 Briged (Para). Ketika berucap, beliau menyifatkan penerimaan beret maroon dan sayap penerjunan kehormatan sebagai satu kenangan abadi dan bermakna bagi dirinya.

Beliau kemudian menyeru semua pegawai dan anggota briged elit itu supaya menitikberatkan penjagaan dan pengurusan serta pemeriksaan yang teratur semua peralatan yang bernilai berjuta ringgit.

Langkah ini, katanya, bagi menjamin jangka hayat penggunaan pada tahap optimum dan sempurna bagi mengelakkan pembaziran.

Oleh: MEJAR SULEIMAN MOIDEEN KUTTY

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.