saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/03/1998

GBSB yakin bakat pelakon baru

Kemunculan mereka dilihat sebagai pertambahan golo-ngan karyawan, khususnya para pelakon, selain hanya melihat wajah-wajah yang sama dalam filem mahupun drama tempatan.

Menurut Pengurus Penerbi-tan GBSB, Lazizah Ahmad, pemilihan pelakon-pelakon ba-ru dan belum begitu dikenali adalah usaha berterusan yang bakal dilaksanakan oleh GB-SB bagi memberi peluang kepada pelakon yang mempunyai bakat tetapi tidak menda-pat peluang.

Katanya, GBSB cuba mencari pembaharuan dan mencipta satu kelainan dalam konteks memperkenalkan para pelakon baru.

Lazizah memberitahu, penampilan pelakon baru bukan bermakna mereka cuba me-ngurangkan kos terutama daripada segi bayaran kerana berpendapat setiap pelakon mempunyai kadar bayaran yang tersendiri.

''Setiap pelakon baru yang diperkenalkan oleh GBSB mempunyai nilai,'' ujar Lazizah.

Dia memberitahu demikian selepas pratonton filem Penyair Malam terbitan GBSB. Filem tersebut menampilkan pelakon baru Yasmin Suraya, Zack Idris, Arman Graseka serta Rosilawati Hassan.

Filem yang menelan belanja sekitar RM800,000 termasuk kos promosi akan mula ditayangkan kepada umum pada 19 Mac ini.

''Ada sesetengah filem dike-luarkan untuk mendapatkan keuntungan dan ada juga dihasilkan untuk pertandingan di festival,'' beritahu Lazizah.

Filem terbitan GBSB yang telah ditayangkan sebelum ini ialah Lurah Dendam, Baginda, Sate, Azam, Gemerlapan dan Puteri Impian.

Filem yang bakal menyusul selepas Penyair Malam ialah Badai Mentera, Burung Besi dan Jibon. Filem yang masih dalam pembikinan ialah Pe-rempuan Melayu Terakhir.

Menurut Lazizah, GBSB akan menayangkan tiga filem tersebut pada tahun ini dan merancang untuk menerbit-kan lima filem baru tidak lama lagi.

Lazizah memberitahu, pihaknya cuba mencari alternatif lain setelah pilihan utama iaitu pawagam Odeon ditutup.

''Kita terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan kutipan seperti menerusi jualan meja ataupun kepada televisyen,'' beritahu Lazizah yang berasa yakin filem Penyair Malam dapat mencecah kutipan box-office.

Sementara itu, filem Penyair Malam berkisar mengenai mekanik bernama Adam, bekas pelatih dari Sekolah Henry Gurney. Dia yang berjaya membuka bengkel membaiki motosikal berminat dengan puisi dan menggunakan nama pena Penyair Malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.