saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/03/1998

Dead Mushroom ketepikan soal glamor

Bagi kumpulan muzik Dead Mushroom yang dianggotai oleh lima anak muda dari ibu negara, frasa muzik adalah universal, sejagat untuk semua tanpa mengira batas usia, warna kulit, status atau darjat.

Walau apa pun bahasa yang digunakan dalam sesuatu jenis muzik, ia masih boleh diterima jika sesuai dengan selera masing-masing.

Mungkin berpegang kepada frasa itu, maka lahirlah Dead Mushroom yang yakin dengan kemampuan irama mereka.

Mendengar keseluruhan lagu dalam album sulung Dead Mushroom yang berkonsepkan rock, mereka jelas berbakat dan mampu untuk mengorak langkah lebih jauh dalam industri ini.

''Kami yakin apa yang kami buat dan bagi kami bahasa bukanlah soal utama. Kami lebih tekankan soal muzik, lagi pun syarikat rakaman berasa penyampaian kami lebih baik dalam bahasa Inggeris,'' jelas vokalis Dead Mushroom, Faiz kepada Pancaindera.

Dead Mushroom yang turut dianggotai oleh Shidi dan Zul (gitar), Mike (bass) serta Zul (deram) berpendapat, rakyat negara ini sudah matang berfikir dan dahagakan pembaharuan.

Lantaran itu kata mereka, kemunculan album Inggeris itu seharusnya disambut baik jika penyanyi sanggup dan mampu melakukannya.

Mengenai konsep album yang bertemakan soal manusia dan kemanusiaan serta alam, mereka berkata: ''Kami mahukan kejujuran, bukan paksaan atau kerana terpaksa dan kami menyanyikan lagu Inggeris kerana kami yakin boleh berbuat demikian serta ingin mewarnakan industri hiburan kita dengan sesuatu yang baru.''

Bagaimanapun, kumpulan yang bernaung di bawah syarikat rakaman BMG ini tidak mahu masyarakat memandang serong terhadap mereka kerana merakamkan album Inggeris.

''Kami anggap ia satu sumbangan yang kerdil daripada bakat kami,'' jelas kelima-lima anak muda ini yang terlibat sepenuhnya mencipta muzik dan lirik lagu-lagu yang terkandung dalam album Read My Mind.

Sebagai kumpulan baru yang lahir pada tahun 1995, Dead Mushroom mempunyai tanggapan bahawa industri muzik di Malaysia mempunyai harapan untuk terus berkembang asalkan semua pihak yang terbabit yakin memajukannya.

Untuk mencapai matlamat itu, mereka berikrar menumpukan perhatian yang serius kepada dunia muzik dan berusaha untuk faham akan tanggungjawab masing-masing serta mengetepikan soal glamor.- DINI.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.