saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/03/1998

Alina positif mendepani kegagalan


ALINA... kegagalan adalah kejayaan awal.


Nikmatnya sebuah kejayaan ialah apabila melepasi banyak rintangan dan merasai pahit getirnya. Kerana itu penyanyi Alina Hassan tidak kecewa apabila album pertamnya tidak dapat mencapai sasaran syarikat rakaman Ambang Klasik Sdn. Bhd. (AKSB).

Alina yang pernah menjuarai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan sentiasa berfikiran positif apabila mendepani kegagalan. Dia percaya bukan kejayaan namanya kalau album pertamanya mencatatkan jualan luar biasa tetapi tidak ada kesinambungan selepas itu.

''Saya telah dilatih menerima kegagalan sebagai titik awal untuk berjaya. Kerana itu saya tidak pernah kecewa apabila album tidak dapat memenuhi impian syarikat rakaman, '' ujar Alina.

Erti kejayaan bagi Alina terlalu mahal nilainya dan ia tidak mungkin dicapai dalam masa yang singkat, malah menuntut dia merasai pahit getir sebagai penyanyi rakaman.

Bagi Alina, yang mencapai kemenangan menerusi lagu asli, Teratai, dia bukan tidak pernah merasai kegagalan malah kejayaan dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan juga hasil daripada kegagalan.

Menurut Alina, dia menerima kegagalan awal kerjaya nyanyian apabila album pertamanya, Dingin tidak mampu menarik perhatian ramai peminat.

Album itu hanya terjual 15,000 unit semenjak dipasarkan pada Oktober tahun lalu meskipun sasaran syarikat rakaman tersebut adalah melebihi 50,000 unit.

Menurut Alina, kegagalan itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus bergiat cergas dalam bidang senisuara.

''Untunglah bagi penyanyi yang mampu mengecapi kejayaan hanya dengan album pertama. Tetapi nasib dan rezeki seseorang artis adalah berbeza, '' ujar Alina.

''Saya akur dengan keadaan ini dan tidak mudah kecewa. Saya juga sedar perjalanan saya sebagai anak seni terlalu sukar dan banyak cabarannya, tidak seperti artis lain. Namun saya tidak akan berhenti setakat, '' katanya bersemangat.

Menurut Alina, sebelum bergelar artis dia sudah menanamkan semangat yang kuat untuk terus bertahan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun sebagai penyanyi.

Dia tidak mahu dianggap sebagai artis yang mudah patah semangat dan kecewa dengan kegagalan sekecil ini.

''Melihat daripada segi jualannya, album ini gagal mendapat tempat di hati peminat. Tetapi pada pandangan peribadi album ini banyak mencatatkan kejayaan manis buat diri saya.

''Sekurang-kurangnya album ini banyak memberi pendedahan kepada saya sebagai seorang penyanyi. Dan pengalaman album pertama ini amat berguna kepada saya apabila melaluinya peminat mengenali siapa Alina Hassan,'' katanya.

Selain itu tegas Alina, album pertamanya ini juga memberi ruang kepada dirinya untuk muncul sebagai pelakon teater.

Kebolehan menyanyi membuka peluang kepada Alina yang ditawarkan memegang watak sebagai Siti Muhsihat di dalam teater Tiang Seri Tegak Berlima arahan Rohani Yousoff.

''Kalau tidak ada album sulong saya itu, mana mungkin tawaran berlakon di dalam teater muzikal itu diberikan kepada saya,'' katanya lagi.

Difahamkan, tindakan syarikat rakaman AKSB yang menerbitkan tiga buah album sekaligus yang memuatkan nyanyian Alina menyebabkan jualan album sulong itu terjejas.

Menurut Eksekutif Promosi AKSB, Suzana Zakaria, selain album Dingin, dua lagi album lain yang dipasarkan dalam masa yang dekat ialah Musafir dan album soundtrack teater Tiang Seri Tegak Berlima.

''Kedua album ini turut menampilkan Alina sebagai penyanyi. Keadaan ini banyak menjejaskan penjualan album Dingin kerana peminat terkeliru,'' jelas Suzana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.