saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/03/1998

Idaman tonjol gaya hidup golongan elit?

Berkisar pada satu tragedi semasa pertunjukan fesyen Butik Mansor, di mana seorang model telah ditembak mati menjadi titik permulaan satu misteri tentang rahsia keluarga Datuk Mansor Ghazali, pemilik butik itu.

Idaman yang mula disiarkan semenjak 2 Februari lalu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10.00 malam bukan sebarang jenis drama.

Drama yang membariskan bintang-bintang handalan dalam dunia lakonan seperti Deanna Yusof, Jalaluddin Hassan, Azah Aziz, Dian P. Ramlee, Janet Khoo dan ramai lagi merupakan sebuah drama bersiri yang hebat dari segi penerbitannya.

Malah ketika meninjau set penggambaran drama itu di studio milik Antah UTV di Selayang baru-baru ini jelas menunjukkan produksi ini menitikberatkan soal kualiti.

Idaman bukan sahaja mampu menarik minat penonton kerana barisan pelakon yang hebat tetapi juga kerana ia satu-satunya drama bersiri Melayu yang paling lama siarannya iaitu sebanyak 156 siri.

Keistimewaan Idaman ialah idea dan tenaga kerja dalam produksi ini hampir sebilangan besarnya menggunakan kepakaran tenaga tempatan.

Melihat kepada jalan ceritanya pula, mungkin ramai yang bersetuju dengan pendapat mengatakan Idaman mirip kepada drama bersiri Barat yang sudah lama didedahkan kepada masyarakat Malaysia.

Atau ada juga yang mungkin bersetuju bahawa drama bersiri ini sebenarnya banyak mendedahkan kebenaran yang berlaku dalam masyarakat moden serta golongan yang kaya-raya.

Seperti apa yang diidamkan oleh banyak pihak, Idaman juga merupakan sebuah produksi yang tepat ditayangkan pada masa kita sedang berjuang untuk meletakkan masyarakat Malaysia setaraf dengan apa yang sudah lama dicapai oleh masyarakat luar.

Meskipun kita sebenarnya tidak banyak ketinggalan namun sedikit sebanyak corak hidup yang diterjemahkan oleh karyawan Idaman menerusi layar televisyen dapat ditunjukkan kepada masyarakat luar Malaysia yang turut berpeluang menonton rancangan itu menerusi Astro.

Kita khususnya warga seni sebenarnya perlu sama berbangga kerana hanya dengan cara ini kita dapat membantu kerajaan meninggikan taraf hidup kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.