saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 29/03/1998

Romzi Bakar yakin mampu beraksi

KECEDERAAN yang dialami pelatih olahraga Sukan Komanwel, Romzi Bakar tidak membimbangkan kerana yakin dapat sembuh sebelum Sukan Komanwel '98 (KL '98), September ini, lapor MARZUKI MOHAMAD.

''Saya yakin kecederaan di pangkal paha boleh sembuh bagi mewakili negara pada Sukan Komanwel,'' katanya.

Romzi yang mewakili negara pada Sukan SEA, Jakarta tahun lalu berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai kejohanan olahraga terbuka Persatuan Olahraga Amatur Kedah (POAK) ke-46 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, kelmarin.

Pelari jarak sederhana dari Kedah itu memberitahu dia akan menjalani rawatan lanjut di Majlis Sukan Negara, apabila pulang ke Kuala Lumpur, Ahad ini (hari ini).

Menurutnya, kecederaan itu dirasai semula ketika menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah. Romzi yang mewakili sekolah lamanya, Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) Alor Setar mencatat 22.10 saat bagi acara 200 meter.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan Romzi masih mampu meneruskan perjuangan meskipun masih dibelenggu kecederaan.

Pada kejohanan itu, Romzi turut mengatasi dua peserta Pusat Kecemerlangan Olahraga Angkatan Tentera Malaysia (PKOATM), Ariff Junet dan Mohamad Andrezal.

''Namun saya tidak berani berlari secara serius apabila hanya menduduki tangga kedua 48.5 saat,'' katanya.

Romzi yang merupakan pemegang rekod Kedah acara 400 meter dengan catatan (46.8 saat), dicipta di Ho Chi Minh City, 28 Jun, 1994 serta 47.13 saat di Jakarta, 15 Oktober, 1997.

Pingat emas acara 400 meter dimenangi oleh rakan sepelatihnya, Mohd. Yazid Parlan dengan catatan 47.6 saat manakala gangsa menerusi R. Ramesh (48.8 saat).

Sementara itu, tiga rekod baru iaitu satu acara lelaki - melempar cakera dan dua acara wanita (merejam lembing dan lontar peluru) berjaya diperbaiki.

Acara melempar cakera lelaki dicipta Hashim Abdul Rahim (PKOATM) 40.41 meter mengatasi rekod lama 39.60m (rekod negeri) dan 36.60m (rekod kejohanan) oleh R. Subramaniam, 22 Sept, 1983.

Bagi acara merejam lembing wanita, peserta Majlis Sukan Kedah (MSN), Siti Khatijah Abdul Hamid berjaya melontar 38.38m, berbanding 35.42m oleh Suryani Hashim pada 10 Mei, 1996.

Sementara acara lontar peluru wanita diperbaharui oleh peserta Perlis, Roshazlina Ahmad dengan lontaran 11.16 meter, berbanding 9.76m oleh Khoo Sook Lim, 7 Jun, 1990.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.