saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/04/1998

Catur: 14 negara diundang

PERSEKUTUAN Catur Malaysia akan menganjur Kejohanan Catur Dunia Bandar-bandar Percutian Asia (Piala Dubai) dan Kejohanan Catur Wanita (Piala Indra Gandhi) daripada 8 hingga 22 April di Awana Genting Highlands Golf dan Country Resort.

Presidennya, Datuk Sabbaruddin Chik berkata, undangan telah dihantar kepada 40 negara di rantau Asia dan Asia-Pasifik.

''Esok (hari ini) ialah tarikh penutup bagi penyertaan dan sehingga kini kami telah menerima 22 penyertaan bagi acara Bandar-bandar dan 19 penyertaan bagi acara Wanita,'' katanya pada sidang berita di Kuala Lumpur, semalam.

Sabbaruddin yang juga Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan berkata kebanyakan daripada pemain terkemuka Asia akan datang dan kehadiran sudah pasti akan memeriahkan lagi kejohanan itu.

''Di Asia ada tiga trofi penting yang dipertandingkan bagi permainan catur.

''Yang pertama ialah trofi kita sendiri, Piala Allahyarham Tun Abdul Razak bagi Kejohanan Catur Berpasukan Asia. Kedua Piala Dubai dan ketiga Trofi Indra Gandhi,'' katanya.

Sabbaruddin berkata, menganjurkan acara-acara antarabangsa seperti ini memberikan sumbangan besar ke arah kejayaan pemain catur negara.

Pusingan akhir Piala Dubai akan diadakan pada 14 April manakala upacara penutup pada pukul 8 malam 15 April.

Antara pemain yang akan turut serta ialah dari Kazakstan, Indonesia, Uzbekistan, China, Singapura, New Zealand, Australia dan Iran.

Manakala acara Trofi Indra Gandhi yang akan berakhir pada 22 April, dijangka menarik penyertaan pemain dari 40 bandar. - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.