saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/04/1998

RM2.5j naik taraf litar Pasir Gudang


KHAIRUDDIN Ibrahim (kiri) menyerahkan replika tiket Kejohanan Motosikal Marlboro Grand Prix Malaysia berharga RM15 hingga RM200 untuk jualan kepada Wan Zaharuddin Wan Ahmad semalam.


LITAR Pasir Gudang, Johor yang telah dinaikkan taraf dengan kos bernilai RM2.5 juta oleh penganjur Kejohanan Motosikal Grand Prix Marlboro Malaysia, Malaysia Airport Berhad (MAB) telah diluluskan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Pengarah Kejohanan, Hussin Mohd. Ali berkata, kos tersebut termasuklah melebar dan memanjangkan permukaan litar serta penyediaan logistik dan keselamatan lain bagi melicinkan perjalanan untuk sirkit kedua kejohanan berprestij dunia itu.

''Jarak, lebar dan permukaan litar yang telah siap dinaikan taraf itu telahpun diperiksa oleh pihak FIA dan wakil syarikat penaja utama Grand Prix antarabangsa, Dorna.

''Mereka telah berpuashati dan mengiktiraf Litar Pasir Gudang sebagai tuan rumah bagi sirkit kedua Kejohanan Grand Prix Dunia yang dijadualkan berlangsung 19 April ini,'' katanya.

Hussin bagaimanapun berkata, wakil FIA dan Dorna dijadual kembali semula untuk membuat memeriksaan terakhir dari segi tahap keselamatan maksimum litar sebelum menjelang kejohanan yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu pertengahan bulan ini.

''Wakil FIA dan Dorna itu juga akan turut membuat pemeriksaan awal ke atas Litar Sepang sebelum ia memulakan operasi untuk sesi latihan perlumbaan menjelang akhir tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar di Bandar Utama Damansara semalam.

Sebelum itu, Pengarah Urusan MAB, Dato' Khairuddin Ibrahim berkata, Perdana Menteri yang dilantik sebagai penaung kejohanan telah bersetuju untuk merasmikan kejohanan di Pasir Gudang itu nanti.

Sementara itu, lebih 20 pusat penjualan tiket di seluruh negeri dibuka mulai hari ini. Tidak kurang 20,000 keping tiket berharga RM15 hingga RM200 disediakan kepada para peminat dan orang ramai untuk melihat aksi-aksi hebat para pelumba profesional dunia pada kejohanan selama dua hari itu nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.