saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/04/1998

Maria Mariana II pertahankan kesinambungan

Keupayaan filem-filem ini memikat perhatian penonton Melayu adalah sesuatu yang menarik biarpun filem-filemnya tidak memenangi banyak anugerah malah dikritik hebat. Ada beberapa faktor yang dikira telah memungkinkan kejayaan filem-filem tersebut di pasaran.

Filem-filem Yusuf menggabungkan penyanyi-penyanyi terkenal sebagai pelakon utama. Plot filem-filemnya mengambil pola cerita filem Hindustan, dengan drama percintaan dan aksi yang disulam dengan lagu-lagu yang menarik.

Biarpun ada filem-filem daripada pengarah lain yang cuba menggunakan pendekatan sebegini, tetapi mereka kurang berjaya di pasaran. Ada beberapa aspek lain yang telah membantu Yusuf lebih berjaya. Filem-filem Yusuf telah diberikan strategi pemasaran yang menarik.

Bukan setakat itu, apa yang penting kejayaan filem-filem Yusuf yang lalu, yang berupaya memenuhi citra hiburan penonton filem Melayu telah menjadi trek yang baik, yang membolehkan penonton filem Melayu mengikuti perkembangan filem-filem Yusuf seterusnya. Penonton telah dapat bermesra dan menggemari bentuk dan stail filem-filem Yusuf.

Dengan hanya menggunakan namanya sebagai penerbit dan penulis cerita (filem Tragedi Oktober), penonton tetap dapat menerima filem itu sebagai filem Yusuf walaupun diarahkan oleh pengarah lain.

Yusuf juga mengekalkan faktor kesinambungan. Faktor ini jelas dalam filem-filem Yusuf Haslam daripada aspek cerita dan pemilihan pelakon. Filem-filem Yusuf tidaklah mempunyai jalan cerita yang mantap, temanya tidak banyak berubah.

Tetapi filem-filem itu diperkuatkan oleh pemilihan pelakon yang terdiri daripada personaliti (penyanyi) yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi sebagai pelakon utama. Yusuf menggunakan personaliti yang sama untuk terus berlakon dalam filem-filemnya.

Mereka membawa watak-watak yang stereotaip dalam filem-filem tersebut. Perhatikan watak-watak yang dibawakan oleh Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain dalam filem-filem Yusuf.

Benar, mereka diberikan watak-watak yang sedikit berbeza dalam filem-filem Yusuf tetapi daripada aspek lain watak yang dibawakan hanyalah sekadar menukar pakaian sahaja.

Sungguhpun keupayaan personaliti sebagai pelakon kerap dipertikaikan tetapi produser mengambil kira keupayaan mereka menarik sejumlah penonton.

Yusuf pula perlu menggunakan mereka ini untuk memastikan penonton yang dahulu akan kembali ke pawagam untuk melihat personaliti kesukaan mereka.

Dalam soal ini Yusuf mempertahankan faktor kesinambungan sebagai elemen yang telah memastikan kejayaan filemnya yang dahulu akan berterusan dalam filemnya yang ini. Kesinambungan adalah sebahagian daripada elemen komersial.

Kerana itu jugalah kita akan faham mengapa Yusuf akan sukar melakukan perubahan yang ketara pada konsep ceritanya mahupun pelakon yang telah dipilih untuk membawakan watak-watak utama filem-filemnya.

Perubahan akan membawakan elemen pembaharuan dan kelainan yang mana ini adalah sebahagian daripada elemen penting dalam kerja-kerja kreatif.

Soalnya, setakat mana pendekatan dengan formula cerita yang sedemikian dan terus bergantung pada personaliti tertentu akan terus berjaya di pasaran?

Dalam Maria-Mariana II, Yusuf bukan sekadar membuat sequal tetapi nyata mempertahankan kesinambungan itu.

Filem ini dibuka dengan menyambung adegan Maria (Erra Fazira) yang cedera ditembak dan dibawa ke hospital. Mariana (Ziana Zain) sudah insaf dan kini sudah bekerja (dan pakai baju kurung). Dia sudah meninggalkan kumpulan budak-budak motor yang diketuai oleh Roy (Roy Azman) yang cuba merogolnya dahulu.

Di pejabat, Mariana cuba dipikat oleh Remy (Rosyam Nor) seorang pemuda yang punya karektor komik yang melucukan. Sementara Maria yang telah sembuh kembali bertugas dan kini cuba membanteras sindiket yang mengedar pil ecstasy di kalangan remaja.

Dalam Maria-Mariana II, Yusuf menambah tiga watak baru iaitu Remy, Rina (Ning Baizura, pelakon utama dalam Gemilang) dan Sazali (Awie). Penambahan watak-watak ini membuatkan Maria-Mariana II cuba kembali ke dalam format yang telah memastikan kejayaan Sembilu.

Maria sebagai polis sukar untuk diestablish sebagai penyanyi, tetapi Mariana diperlihatkan sebagai boleh menyanyi dengan hebat. Dia dipertemukan dengan Sazali, seorang lelaki yang muncul secara misteri untuk menyelamatkan Mariana di satu malam daripada gangguan Roy dan gengnya.

Ingat, Ziana adalah penyanyi yang cuba memikat Awie di dalam Sembilu. Dan faktor Awie, dia adalah personaliti penting dalam Sembilu dan Tragedi Oktober.

Maria Mariana II adalah sebuah filem yang sederhana tetapi kemunculan Remy dan Sazali telah membantu sedikit memperkuatkan plot filem ini.

Remy telah memberikan adegan komik yang sewajarnya untuk filem ini, sungguhpun watak ini boleh dilakonkan dengan lebih baik tanpa kelihatan terlalu berlebih-lebihan dan mengada-ngada.

Kemunculan Awie sebagai Sazali yang merupakan ketua pengedar pil ecstasy di kelabnya berjaya memberikan nafas untuk plot filem ini.

Bagaimanapun, kurang nyata apakah tujuan sebenar dia memikat Mariana dan untuk apa dia hendak marah dengan Maria?

Hal yang sama juga, mengapa perlu Mariana perlu menyamar secara tiba-tiba ke kelab hanya untuk membalas dendam kepada Roy yang cuba merogolnya dahulu, atau cuba membalas perbuatan Roy yang menyebabkan seorang gadis bohsia mengandung atau cuba mengajar suami teman sepejabatnya yang berfoya-foya di kelab?

Adegan-adegan ini mengelirukan dan tidak diberikan alasan yang kukuh.

Sebagaimana filem-filem Yusuf yang lalu, dia cuba menyelitkan pesanan moral yang keterlaluan melalui dialog dan nasihat.

Moral polis cuba dipertingkatkan melalui dialog Maria dan nasihat dihamburkan setiap kali si ibu bersuara dan tak cukup dengan itu Maria perlu pula sentiasa mengingatkan si adik. Untuk mengukuhkan lagi pesanan moral itu maka, diadakan adegan sembahyang di akhir filem ini sebagai bukti mereka semua sudah baik.

Sebuah sequel memang jarang lebih baik dan hebat daripada yang pertama. Di sebalik beberapa kelemahannya, anda mungkin mempunyai beberapa sebab untuk menonton filem ini.

Filem ini masih mampu menghiburkan dengan mendengarkan lagu-lagunya yang menarik.

Bagi yang meminati Awie, Erra dan Ziana mengapa tidak dengan filem ini? Dan juga kerana filem ini arahan Yusuf Haslam.

Bersama: A. WAHAB HAMZAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.