saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/04/1998

Radio 3 Shah Alam anjur carta lagu

Pertandingan yang akan diadakan di Stadium Jugra, Banting, Kuala Langat itu adalah julung kali dianjurkan oleh Radio Shah Alam.

Menurut Penerbit Penyelaras pertandingan itu, Zainal Abidin Abdul Rahman, carta tersebut dikendalikan oleh Radio 3 Shah Alam sejak Januari tahun lalu.

Pemilihan lagu-lagu yang berjaya, dibuat oleh para peminat. Pemilihan lagu-lagu tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu solo, berkumpulan dan juga dangdut.

Bagi pemilihan peringkat akhir, sebanyak 39 lagu telah tersenarai tetapi hanya 30 buah lagu iaitu sepuluh buah daripada setiap kategori yang akan terpilih.

''Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh para peminat Radio 3 yang tidak jemu-jemu membuat panggilan. Walaupun ini merupakan pertandingan pertama yang dianjurkan oleh Radio 3 tetapi ia akan mendapat kerjasama yang baik daripada artis yang terpilih dan juga orang ramai,'' ujar Zainal Abidin.

Tambahnya, semua artis yang berjaya ke pertandingan itu akan menyanyikan lagu mereka yang terpilih secara langsung. Seramai tiga orang pengadil profesional akan mengadili pertandingan itu.

Pertandingan akhir yang diadakan pada 4 April ini akan dimulakan dengan kategori carta dangdut iaitu dari pukul 5 petang hingga 6.30 petang.

Bagi carta dangdut, nama penyanyi dan lagu yang terpilih adalah Intan (Anak Dara), Senario (Cinta Berkarat), Tushee (Selamat Malam), Shikin (Beban Asmara), Mas Idayu (Senggol-Senggolan), Iwan (Yang Sedang-Sedang Saja), Ashraff (Oh Fatimah), Elada Susanti (Eda Suasanti), Khusairi (Siti Suraya) dan Epol (Angka Satu).

Empat lagu yang berjaya dalam carta dangdut ini tidak dinyanyikan oleh penyanyi asalnya iaitu lagu Anak Dara nyanyian Amelina telah digantikan dengan penyanyi Intan.

Begitu juga dengan lagu Selamat Malam (Tushee), iaitu nyanyian asalnya oleh Evi Tamala serta lagu asal nyanyian A. Ramlie berjudul Oh Fatimah akan dinyanyikan oleh Ashraff. Sebuah lagi ialah lagu Angka Satu (Epol), nyanyian asal oleh Caca Handika.

Bagi kategori solo dan berkumpulan pula, pertandingan akan dimulakan pada pukul 8.45 malam hingga pukul 11 malam.

Artis dan lagu yang terpilih ke akhir dalam kategori ini ialah Siti Nurhaliza (Cindai), Sting (Usah Dengar Kata Orang), Rem (Selingkar Kasih), Budak Kacamata (Cinta Tak Perlu Dipaksa), Azie (Kau Dalam Anganku), Lemon T (Kekasihku Diambil Orang), Rahmat (Hanya Segenggam Setia), Screen (Tak Suka Tak Apa), Aris Ariwatan (Cinta Tak Kenal Siapa), Eye (Satu Nama Tetap Dihati), Ziana Zain (Puncak Kasih), Spring (Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta), Arni (Cinta Antara Benua), Slam (Izinkanku Berundur), Eisya (Nurani), U.K's (Pahit Ku Telan Jua), Noraniza Idris (Awallah Dondang), Exist (Mengintai Dari Tirai Kamar), Siti Nurhaliza (Aku Cinta Padamu) dan Iklim (Sambutlah Tanganku).

Lagu nyanyian kumpulan Spring berjudul Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta akan dinyanyikan oleh kumpulan Sweet Child dalam pertandingan malam itu.

Oleh: ROZI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.