saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/04/1998

Pertandingan carta lagu meriah

Malam kemuncak pertandingan Carta Akhir Dangdut dan Carta Pujaan Radio 3 Shah Alam di Stadium Jugra, Banting, malam Sabtu lalu berlangsung dalam suasana meriah meskipun terdapat sedikit kelemahan pada sistem bunyi.

Masalah tersebut bagaimanapuan diatasi dengan persembahan yang menarik daripada para artis yang bertanding malam itu.

Persembahan yang diadakan sejak sebelah petang itu dianggap bukan sekadar pertandingan malah persembahan untuk masyarakat setempat.

Dalam pertandingan akhir yang dibuat pada dua sesi iaitu petang bagi kategori dangdut dan malam untuk kategori artis solo dan berkumpulan, sebanyak 30 buah lagu telah dipertandingkan.

Lebih 2,000 penonton yang memenuhi Stadium Jugra sejak petang lagi dan dengan tiket RM10 mereka dapat melihat persembahan secara langsung 19 artis popular yang bertanding pada malam itu.

Dalam pertandingan itu, lagu yang terpilih menjuarai kategori carta pujaan ialah Puncak Kasih nyanyian Ziana Zain, kedua lagu Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza dan ketiga Cinta Tak Kenal Siapa (Aris).

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM750.

Sementara kategori kumpulan dimenangi oleh lagu Kita Ditakdirkan Jatuh Cinta dendangan kumpulan Spring, kedua Izinkanku Berundur (Slam) dan ketiga Pahit Kutelan Jua (UK's) Mereka masing-masing menerima RM2,500, RM2,000 dan RM1,500.

Bagaimanapun Spring tidak hadir pada malam itu kerana ada persembahan di tempat lain. Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh kumpulan Sweet Child.

Kategori Persembahan Terbaik (solo) dimenangi oleh Siti Nurhaliza menerusi lagu Aku Cinta Padamu. Sementara itu bagi dan kategori kumpulan pula dirangkul oleh kumpulan EYE yang mendendangkan lagu Satu Nama Tetap Di Hati.

Dalam pertandingan Carta Dangdut pada sebelah petangnya, lagu asal nyanyian Evi Tamala berjudul Selamat Malam telah memenangi kategori tersebut. Lagu itu telah disampaikan oleh Tushee.

Lagu nyanyian Senario yang berjudul Cinta Berkarat memenangi tempat kedua dan tempat ke tiga pula dimenangi oleh lagu nyanyian Mas Idayu berjudul Senggol-Senggolan.

Kumpulan Senario yang dianggotai oleh Azlee, Wahid dan Mazlan telah memenangi anuagerah Persembahan Terbaik bagi kategori dangdut.

Pertandingan akhir pada hari itu telah diadili oleh tiga juri iaitu Ahmad Nawab, A.Rahman Hassan dan Ibrahim Bachik.

Antara artis yang turut bertanding ialah Ashraff, Elda Susanti, Epol, Iwan, Intan, Noraniza Idris, Rahmat, Screen, Lemon T, Arni Nazira, Azie, Eisya dan Exists.

Artis undangan yang telah menyerikan pertandingan akhir carta dangdut iaah kumpulan Spoon, Ruhil dan To'ki.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.