saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/04/1998

Kedah mahu bina 'lima tasik besar'

ALOR SETAR 10 April - Kerajaan Kedah merancang untuk membina empangan kelimanya di Jeniang, Sik yang bakal menjadikan negeri ini sebagai negeri 'lima tasik besar' kedua selepas 'lima tasik besar' di Amerika Syarikat.

Menteri Besar, Tan Sri Sanusi Junid berkata, pembinaan empangan itu selain untuk menampung keperluan bekalan air di Kedah, juga akan menjadi tarikan pelancong ke negeri ini.

Beliau berkata, projek pembinaan empangan tersebut kini dalam proses kajian dan pembinaannya akan dilaksanakan secepat mungkin.

''Masalah kekurangan bekalan air akan dapat diatasi sepenuhnya apabila empangan kelima itu siap nanti,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sanusi bagaimanapun tidak memberitahu kos, tarikh pembinaan serta kapasiti empangan itu bagi menampung bekalan air.

Beliau berkata, Kedah kini mempunyai tiga buah empangan iaitu Empangan Pedu dan Empangan Ahning di Padang Terap dan Empangan Muda di Sik.

Beliau menjelaskan, empangan yang keempat iaitu Empangan Beris di Sik yang menelan belanja sebanyak RM270 juta dan mampu menampung 100 juta liter padu air, akan mula dibina pada akhir tahun ini.

''Kajian yang dijalankan oleh beberapa pihak telah siap dan kini sedang menunggu proses pembinaannya akhir tahun ini,'' katanya.

Kata beliau, kesemua empangan tersebut akan dipopularkan sebagai pusat pelancongan sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai negeri 'Lima Tasik Besar' yang kedua di dunia.

Setakat ini, kata beliau, Empangan Pedu berjaya dijadikan sebagai pusat 'agro-tourism' dengan wujudnya beberapa hotel bertaraf antarabangsa di kawasan itu yang mampu menarik para pelancong ke kawasan tersebut.

Beliau menambah, bekalan air yang banyak di negeri ini bukan sahaja terhad kepada kegunaan harian penduduk negeri ini tetapi juga bagi keperluan pertanian khususnya penanaman padi.

Katanya, pembinaan empangan kelima itu juga bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada penduduk negeri ini tetapi juga kepada penduduk di negeri jiran seperti Perlis dan Pulau Pinang.

Oleh: YUSRI SAHAT

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.