saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/04/1998

TV Pendidikan akan diswastakan

KUALA LUMPUR 11 April - TV Pendidikan (TVP) yang menyiarkan programnya melalui TV2 akan diswastakan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Mohamed Rahmat hari ini.

Sementara kajian mengenai penswastaan itu dijalankan, program TVP yang akan dikurangkan siarannya daripada lima kepada empat jam itu, akan dikekalkan sehingga hujung tahun ini.

''Cadangan telah dibuat supaya program TVP disiarkan melalui saluran lain kerana kita mahu gunakan kemudahan yang sedia ada untuk menjadikan RTM penyebar ilmu melalui media elektronik.

''Menyediakan RTM sebagai penyebar ilmu merupakan peranan baru RTM yang akan dilaksanakan tahun ini sesuai dengan matlamat kerajaan mewujudkan pendidikan jarak jauh melalui multimedia,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-52 RTM, di Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di sini hari ini.

Mohamed berkata kementerian sedia mengeluarkan lesen untuk menswastakan TVP jika ada pihak yang setuju menerima tawaran itu.

Beliau juga berkata dalam usaha mengembangkan siaran yang berkonsepkan pendidikan jarak jauh, siri mingguan ''Kelab Study'' melalui Radio Satu akan disiarkan oleh TV1 mulai 18 April ini.

Rancangan itu mendapat sambutan hangat kerana kandungannya meliputi kaedah pembelajaran, penguasaan sesuatu subjek, cara menjawab soalan peperiksaan, ''speed reading'', ''smart learning'', kemahiran berfikir dan program pembangunan potensi manusia.

Sebelum itu Mohamed berkata kementerian menjangkakan pendapatan iklan RTM berkurangan tahun ini berikutan persaingan daripada radio dan TV swasta.

Namun jumlah penonton bagi kedua-dua TV dan radio meningkat sedikit bagi tahun 1997 berbanding tahun sebelumnya.

''Ini adalah satu petanda positif kerana pendapatan bukanlah keutamaan terulung bagi RTM,'' katanya.

Pada majlis itu, Mohamed turut melancarkan Radio Irama Melayu Asli (Rima) dan melancarkan papan tanda peringatan RTM 52 tahun, penyerahan cek peserta Everest '97 dan pelancaran Kelab Study. - Bernama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.