saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/04/1998

Firdaus bawa keinsafan kepada remaja

Kumpulan nasyid terbaru yang dianggotai oleh enam anak siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) ini menjelaskan, Keampunan sesungguhnya menekankan arah dan matlamat hidup mukmin sebenar serta peranan pembangunan diri yang perlu ada dalam jiwa setiap individu.

''Konsep ini juga sesuai pada saat masyarakat sedang dilanda masalah gejala sosial, keruntuhan institusi keluarga dan pelbagai isu tekanan hidup,'' ujar penyanyinya, Mohamad Ismandi Wasli dalam pertemuan dengan Pancaindera baru-baru ini.

Selain Mohamad Ismandi, anggota lain dalam kumpulan Firdaus ini ialah Mohd Rasul Mohammad Noor, Mohd Idzwan Yacob, Mohamad Tarmidi Mahli, Mohd Khairil Azrin Rafli dan Syed Fadilah Syed Alias.

Keenam-enam anak muda yang masih menuntut dalam jurusan Teknologi Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Perniagaan ini berpendapat, penyakit sosial dan salah laku terutama di kalangan remaja Islam sejak kebelakangan ini disebabkan mereka tidak mendalami ilmu keagamaan.

''Mereka tidak memahami matlamat hidup dan mudah dinodai penyakit sedemikian,'' jelas anak-anak muda ini lagi.

Namun anggota kumpulan Firdaus ini mengakui bahawa matlamat hidup adalah luas dan segala-galanya terletak kepada iman seseorang untuk memilih jalan hidup yang diredai.

Lantaran itu mereka menyandarkan album Keampunan sebagai panduan untuk diikuti oleh pendengar dan peminat seni tanah air.

''Mudah-mudahan album Keampunan ini dapat menjadi inspirasi bagi masyarakat remaja untuk mengelakkan diri dari pelbagai perkara yang tidak diingini,'' kata mereka.

Justeru itu Keampunan menyampaikan mesej dan nasihat kepada pendengar agar membina hidup yang berkualiti.

Di samping itu Keampunan juga menunjukkan teladan yang baik dan ingatan agar insan berbakti bukan sahaja kepada Allah bahkan sesama mereka.

Sementara itu Mohamad Ismandi menambah, tajuk album itu menjadi satu simbol yang bermakna dan mempunyai mesej yang tersendiri.

''Bagi kami, ia bermakna manusia haruslah kembali kepada asas keinsafan hidup yang dapat menyedarkan mereka daripada segala perbuatan mungkar,'' katanya.

Selain lagu Keampunan, tiga lagi lagu iaitu Permata Ayah Bonda, Sabar dan Ibu yang sedikit berentak acapella dijangka akan menggugat lagu-lagu nasyid yang sedang popular.

Menjawab satu soalan Mohamad Iswandi berkata, kehadiran Firdaus dalam arena seni tidak bermaksud untuk menggugat kedudukan Raihan atau kumpulan nasyid lain yang telah bertakhta di hati pendengar.

''Firdaus bukan saingan Raihan atau kumpulan nasyid yang lain sebaliknya kemunculan kami hanya merupakan alternatif kepada pendengar,'' jelasnya.

Ditanya mengenai kelahiran album itu di tengah-tengah kemelut ekonomi, Mohamad Iswandi menjelaskan : ''Kegawatan ekonomi yang melanda rantau ASEAN sekarang tidak harus menjejaskan kegiatan seni dan kebudayaan.''

Katanya kehidupan masyarakat, budaya dan seni harus berjalan seperti biasa, malah perlu lebih segar kerana ia boleh memberi nafas dan kekuatan untuk menangani kesulitan yang dihadapi. - DINIE.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.