saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/04/1998

Vybz: Gambaran muhibbah tiga bangsa


VYBZ terdiri daripada bekas penari Kit Kat Club.


KUMPULAN baru Vybz bukan sahaja unik pada namanya, tetapi juga anggota-anggotanya mewakili tiga kaum di negara ini.

Vybz dianggotai oleh Intan, Maple Loo dan Sheila Haran.

Bagi Vybz sendiri, penubuhan kumpulan itu bukan sahaja dapat menggambarkan muhibbah tiga bangsa, malah menganggap bidang seni tidak ada sempadan bangsa.

Malah, kata Vybz, dalam banyak perkara lain juga, semangat muhibbah harus diterap untuk menghindarkan semangat perkauman.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Sheila yang juga pernah dikenali sebagai pengacara rancangan Komposer, ketiga-tiga anggota Vybz berasa bangga kerana dapat bersatu dalam sebuah kumpulan.

Kumpulan Vybz telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Pada awal penubuhannya, kata Sheila, Vybz dianggotai oleh Sheila, Maple dan Emma (Skrin).

Oleh kerana Emma sibuk dengan tugasan lain, dia telah menarik diri daripada menganggotai kumpulan tersebut.

Sheila dan Maple yang sudah lama mengenali Intan dan mempelawanya menganggotai Vybz.

Jelas Sheila, ketiga-tiga anggota Vybz terlebih dahulu dikenali sebagai penari. Mereka bukan sahaja menjayakan pelbagai persembahan untuk program televisyen, malah mendapat banyak undangan untuk persembahan korporat dan majlis-majlis kebudayaan.

Sheila, Maple dan Intan juga dipertemukan sewaktu sama-sama terlibat dengan aktiviti dan persembahan nyanyian bersama Kit Kat Club, milik Tiara Jacquelina. Biasanya, mereka akan menyampaikan lagu dendangan Janet Jackson dan Madonna serta lagu daripada album Anita Sarawak. Daripada situlah tercetusnya idea untuk menubuhkan kumpulan Vybz.

Kata Sheila, kebetulan ketiga-tiga mereka memang berbakat dalam bidang nyanyian cuma lebih awal muncul sebagai penari. Intan sendiri sudah lama belajar vokal di bawah bimbingan guru vokal terkemuka, Siti Chairani.

''Walaupun Intan memang bercita-cita mahu bergelar penyanyi, tetapi saya dan Maple tidak pernah terfikir ke arah itu.

''Bagaimanapun, kami memang minat menyanyi. Setelah bertemu Intan, kami sepakat mahu bergelar artis rakaman,''ujar Sheila lagi.

Sekarang ini, Vybz sudahpun menandatangi kontrak dengan syarikat rakaman Pony Canyon Music (M) dan bakal muncul dengan album 'single' tidak lama lagi.

Pada masa ini, Vybz giat berlatih vokal sebelum merakamkan dua buah lagu yang akan dimuatkan dalam album 'single' mereka nanti.

''Jika sebelum ini, kami hanya muncul dengan menyanyikan lagu orang lain dalam setiap persembahan, sekarang ini kami terpaksa berlatih untuk menyanyikan lagu sendiri pula,''jelas Sheila.

Menurut Sheila, antara komposer yang terlibat dalam rakaman album mereka ialah Helen Yap.

Konsep album 'pop dance ' dan 'pop etnik' menjadi pilihan Vybz kerana sesuai dengan bakat tarian yang ada pada setiap anggota dan juga dapat menunjukkan unsur muzik tiga bangsa.

Namun, kata Sheila, lagu-lagu dalam album mereka itu nanti semuanya dinyanyikan dalam bahasa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.