saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/04/1998

Mas Idayu hadapi saingan sengit


MAS IDAYU... tidak mahu bermodalkan gelek.


Setelah mencipta nama sebagai penyanyi dangdut menerusi album pertama berjudul Cinta 100%, Mas Idayu mengorak langkah dalam kariernya apabila album keduanya berjudul Senggol-Senggolan terpilih sebagai Album Dangdut Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM'98).

Kejayaan tersebut bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi nama Mas Idayu sebagai penyanyi dangdut namun dia dapat menonjolkan bakatnya dalam bidang nyanyian.

Menurut Mas Idayu, jika sebelum ini peminat mungkin menganggap identiti penyanyi itu lebih kepada gaya geleknya sehingga diberi gelaran Ratu Gelek 45 darjah tetapi kejayaan album keduanya itu dapat membuktikan kebolehannya yang sebenar.

''Saya telah membuktikan bahawa saya bukan sekadar mempertaruhkan gelek untuk berjaya sebagai penyanyi dangdut malah kualiti album juga amat dititik beratkan,'' ujarnya.

Meskipun mendapat saingan sengit daripada dua lagi penyanyi dangdut popular iaitu Amelina dan Iwan tetapi dia bersyukur kerana lagu-lagu dan kualiti kerja dalam albumnya itu mendapat perhatian.

''Bagi saya, kejayaan album tersebut mungkin kerana muzik dan lagu-lagu yang terdapat dalam album itu. Saya yakin, kulit album saya juga turut memainkan peranan,'' jelasnya.

Atas kejayaan itu, Mas Idayu akan meneruskan pembikinan album dangdut ketiganya yang akan dirakamkan di Bandung, Indonesia. Dia akan ke Bandung pada hari ini untuk proses memasukkan suara.

''Album ketiga ini merupakan satu lagi harapan saya dalam mengembangkan lagi muzik dangdut. Konsep album kali ini agak berbeza dan saya mahu tampilkan satu muzik baru yang masih dirahsiakan,''jelasnya.

Album terbaru Mas Idayu masih mengekalkan penerbit Ruslan Mamat. Ruslan juga telah memberi kepercayaan Mas Idayu untuk mencipta kesemua lirik lagu dalam album tersebut.

Sebelum ini Mas Idayu pernah menghasilkan lirik lagu Cinta 100%. Namun untuk album ketiganya itu, Mas Idayu masih belum memutuskan sama ada dia mahu menghasilkan kesemua lirik atau sebahagiannya sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.