saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/04/1998

Rozita Izlyn mencuba konsep asli


ROZITA IZLYN


Lantaran itu, penyanyi remaja Rozita Izlyn tidak berasa ragu-ragu apabila syarikat rakamannya, NSR, mencadangkan agar dia merakamkan sebuah album Melayu asli.

Bagi Rozita, peluang itu bukan sahaja membuka satu lembaran baru dalam kariernya, malah dia sendiri memang berminat menyampaikan lagu-lagu sedemikian.

''Saya rasa gembira kerana album tersebut sudah pun siap dirakamkan. Saya tidak mahu dikatakan terikut-ikut penyanyi lain menyanyikan lagu asli kerana setiap penyanyi berhak berbuat demikian,'' jelas Rozita.

Menurutnya, album tersebut memakan masa tiga hari untuk proses memasukkan vokal.

Rozita telah menyampaikan lebih daripada 10 buah lagu dan setakat ini pemilihan 10 buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album itu masih belum diputuskan.

Sebanyak 12 lagu Melayu asli lama telah dirakamkan seperti Kuala Deli, Kasihnya Ibu, Sirih Pinang, Air Mata Kasih, Mega Mendung, Sayang Sarawak dan Anak Udang.

Tiga buah lagu baru yang turut dirakamkan ialah Wajah Si Dia, Joget Melayu dan Anggerik Rimba.

Album tersebut telah diterbitkan oleh John Goh dan rakamannya dibuat di Studio Purnama Booty. Secara keseluruhannya, Rozita amat berpuas hati terutama dari segi pemilihan lagu dan juga susunan muzik yang dibuat untuk album tersebut.

Penuntut tahun dua di Institut Teknologi Mara (ITM) ini juga telah memanfaatkan pengajian vokalnya sewaktu proses rakaman album tersebut.

Bagaimanapun, Rozita mahu para peminatnya menilai sendiri mutu vokalnya setelah album tersebut dipasarkan.

''Saya telah cuba melakukan yang terbaik untuk album ini. Mungkin menyanyikan lagu Melayu asli sedikit sukar berbanding lagu-lagu moden. Nasib baiklah saya ada sedikit pengalaman menyanyikan lagu-lagu berentak sedemikian,'' jelasnya.

Rozita yang kini sedang dalam cuti semester selama dua bulan akan memberikan tumpuan kepada promosi album Melayu aslinya termasuk bersedia dengan lagu-lagu terbaru untuk album pop.

Kata Rozita, jika tidak ada halangan, album pop nyanyiannya akan dipasarkan sebelum akhir tahun ini.

Oleh: ROZI ABDUL RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.