saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/1998

Spoon nama unik sebagai gimik

Bagi kumpulan Spoon, nama yang unik dan lain daripada kumpulan lain memberikan kelebihan kepada mereka.

Spoon membawa pengertian sudu dalam bahasa Melayu. Meskipun ini agak melucukan malah ada menganggap tidak sesuai untuk sebuah kumpulan muzik, tetapi anggota kumpulan sengaja memilih nama yang unik.

''Kami mencipta nama, bukan nama yang mencipta kami,'' demikian antara jawapan yang diberikan oleh kumpulan unik ini.

Malah mereka percaya nama tersebut menjadi tarikan dan membuka laluan kepada Spoon mengembangkan sayap ke peringkat yang lebih tinggi pada masa depan.

''Nama ini lebih mudah diingat. Bagi kami, nama kumpulan banyak memainkan peranan untuk memperkenalkan diri kepada peminat.

Atas saranan penerbit dan persetujuan kami sendiri, kami pilih Spoon,'' jelas penyanyi kumpulan ini, Along.

Menurut Along, sekalipun konsep yang dibawa oleh mereka lebih sesuai dengan nama yang serius tetapi ini tidak menjadi masalah kepada mereka.

Kumpulan yang popular dengan lagu Rindu... Serindu Rindunya ini menjelaskan penerimaan terhadap lagu tersebut menguatkan lagi semangat mereka untuk terus kekal di dalam bidang muzik.

Meskipun terlalu mendapat banyak persaingan daripada kumpulan lain, Spoon dikatakan lebih menonjol apabila lagu tersebut menjadi pilihan kebanyakan juruhebah radio ketika ini.

Lagu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Man Toba itu juga dianggap sebagai lagu paling istimewa kepada kumpulan ini. Tidak hairan lagu ini menonjol daripada lagu lain dalam album terbitan Anuar Botak ini.

''Apabila melihat sambutan di luar jangkaan terhadap lagu ini, kami merasa bertuah mendapat khidmat komposer Eddie Hamid.

''Sekurangnya kehebatan lagu tersebut membuatkan peminat mengenali kami dalam jangkamasa yang singkat,'' jelas Along.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.