saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/04/1998

Ejie berhasrat mahu terus menyanyi

Sejak Freshies dibubarkan bekas anggota kumpulan remaja itu. Ina, Shima, Melor dan Ejie membawa haluan masing-masing dalam bidang seni dan ada juga memilih karier lain.

Kini hanya Ina yang tampil sebagai penyanyi solo manakala Melor memberi tumpuan menyanyi di kelab. Shima yang pernah berkhidmat dengan Penerbangan Malaysia kini menyepi setelah berumahtangga.

Seorang lagi bekas anggota Freshies ialah Ejie. Namun namanya kerap dipinggirkan apabila menyebut nama Freshies. Ejie telah berhenti menyanyi dan menetap di Perak bersama suami.

Ahad lalu Ejie yang menyepi daripada dunia seni tiba-tiba muncul semula menyanyikan lagu Bisikan Arah ciptaan kenalan lamanya Abdul Khalid Din dalam rancangan Komposer. Lagu itu mendapat tempat ketiga.

Menurut Ejie, dia masih berminat untuk meneruskan karier dalam bidang seni, namun terpaksa menyepi kerana tidak mendapat tawaran daripada mana-mana syarikat rakaman.

''Saya sedar saya hanya berbekalkan suara tanpa kelebihan lain seperti rupa dan imej,''kata Ejie semasa ditemui baru-baru ini.

Ejie juga meluahkan rasa kecewa apabila namaya sering dilupakan setiap kali berita mengenai kumpulan Freshies sehingga banyak yang menganggap Freshies hanya mempunyai tiga anggota sahaja.

Ditanya mengenai kemungkinan kumpulan Freshies bergabung semula, Ejie berkata dia pernah berbicara mengenai perkara itu dengan Ina yang kini muncul sebagai penyanyi solo.

Mereka pernah menyuarakan hasrat secara spontan untuk bergabung semula. Namun ia hanya satu harapan sahaja daripada mereka.

''Walaupun tidak lagi bersama, namun kami masih berhubungan antara satu sama lain,'' kata Ejie lagi.

Ejie juga menjelaskan salah satu faktor yang menggagalkan kumpulan Freshies ialah apabila terlalu banyak komen mengenai imej mereka berbanding mutu muzik dan lagu yang ditampilkan.

''Banyak yang selalu mengaitkan Freshies sebagai sebuah kumpulan yang tidak mempunyai imej dan ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi kami,'' kata Ejie lagi.

Sementara itu dia juga senang melihat rakan-rakannya masih aktif menyanyi. Selain Ina yang menghasilkan album solo, Melor juga aktif menyanyi di kelab sebagai menyambung karier dalam seni.

Walaupun jarang mendapat peluang menyanyi, namun Ejie masih mengikuti perkembangan muzik tanah air dengan kemunculan banyak penyanyi baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.