saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/05/1998

KGB mahu mencipta kelainan

Banyak anggota kumpulan muzik yang terpisah daripada kumpulan mereka akan menubuhkan kumpulan baru dengan identiti muzik baru berserta dengan penampilan muka-muka baru.

Inilah yang berlaku kepada kumpulan baru yang menggelarkan diri mereka KGB. Salah seorang anggota dan pengasas kepada KGB ini ialah Riot, bekas anggota kumpulan KOOL.

Kini dengan nama baru yang bermaksud, Kami Generasi Baru, Riot dibantu oleh tiga lagi rakannya iaitu Shajiry, Riff dan Fizzi.

Shajiry adalah penyanyi solo yang pernah popular menerusi lagu Orang Kita, Fizzi adalah bekas kumpulan Classmate manakala Riff adalah bekas anggota pelapis KOOL.

Selain mengadakan persembahan yang berlandaskan kepada tarian, keempat-empat anggota ini turut bermain muzik.

Walaupun masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang muzik, lazimnya seperti kumpulan baru, Riot menganggap mereka juga perlu memulakan segala-galanya dari bawah.

Katanya, oleh kerana KGB adalah nama baru dalam bidang muzik, maka mereka perlu menerokai semula pasaran dan terpaksa mencari peminat baru.

Dalam soal ini ujar Riot, mereka tidak mahu bersandarkan kepada nama KOOL atau dibayangi oleh kumpulan tersebut kerana KGB disifatkan sebagai satu kumpulan baru yang mempunyai penampilan berbeza.

''Cuma tunggulah kemunculan kami dengan album baru kelak. KOOL dan KGB tidak boleh disamakan kerana dua kumpulan ini berbeza walaupun saya pernah bersama dengan KOOL.

''Konsep muzik kami berbeza. Persembahan kami berbeza dan pasaran kami pula khusus untuk remaja, '' ujar Riot.

Katanya, sebagai meneruskan karierdalam bidang seni, mereka akan melahirkan album baru yang dijangka berada di pasaran pada Julai ini.

Menurut Riot lagi, sebagai kumpulan baru, mereka tidak mengharapkan sentuhan pertama kelak, mampu menguasai pendengar secara mendadak.

Sebaliknya mereka mahu menjadikan album pertama itu sebagai satu eksperimen untuk menilai kebolehan kumpulan tersebut berserta penampilan mereka.

''Sukar untuk menentukan selera pendengar. Mungkin album pertama kami menjadi atau mungkin sebaliknya. Tapi kami menganggap ia adalah satu eksperimen sama ada kami mampu memberikan hasil terbaik kepada pendengar.

Apa yang penting, kami boleh memberikan pembaharuan dalam bidang muzik dan menceriakan industri ini dengan pelbagai jenis muzik,'' beritahu Riot.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.