saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/05/1998

Shaharuddin sedia menyahut cabaran

TONGGAK utama Pahang musim lalu, Ahmad Shaharuddin Rosdi dijangka akan turun buat kali pertama musim ini apabila Tok Gajah berhadapan skuad Olimpik 2000 di Stadium Merdeka, esok, lapor ABDUL RAHIM OTHMAN.

Jurulatih Pahang, Jorgen Erik Larsen, berkata beliau selama ini memang mengharapkan Shaharuddin untuk kembali menyarung jersi kesebelasan utama Pahang.

Namun, hasrat untuk menurunkan pemain itu sering terhalang apabila mendapati kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya dan tahap kecergasan pemain itu rendah.

Pertemuan menentang Olimpik 2000, katanya, adalah kesempatan terbaik baginya untuk merampas tempat dalam kesebelasan utama ekoran masalah pengantungan dan kecederaan beberapa pemain lain.

''Jika Shaharuddin benar-benar sudah bersedia menyahut cabaran itu, ia adalah tugas mudah untuk saya membuat percaturan pada pertemuan itu,''katanya.

Larsen memberitahu, sedikit rombakan terpaksa dilakukan berikutan pengantungan pemain sweeper, Emmanuel Kofi Ampiah selepas dia memungut dua kad kuning.

Justeru itu, katanya, kekosongan tempat Ampiah akan diisi Joszef Duro yang dianggapnya mampu mengemudi benteng pertahanan Pahang berbanding pemain-pemain lain.

''Manakala penganti Duro di posisi tengah akan ditentukan dalam sehari dua lagi. Jika Shaharuddin boleh beraksi, dia akan menjadi pilihan utama,'' katanya.

Sementara itu, Shaharuddin, 25, ketika ditemui bertekad akan memberikan persembahan yang terbaik jika diberi peluang beraksi pada pertemuan, Jumaat ini.

''Saya telah bebas daripada kecederaan, terpulanglah kepada jurulatih untuk menilai sama ada saya sudah layak diturunkan atau pun tidak,'' katanya.

Namun begitu, katanya, dia sudah bersedia menyahut cabaran untuk kembali mewarnai persaingan Perdana Satu selepas berehat lebih tiga bulan.

Pada musim lalu, Shaharuddin menjadi nadi utama pengerak barisan tengah Pahang disamping pemain import, Zsolt Bucs dan Shahrul Nizam Sahat.

Dia bukan sahaja memiliki skil individu yang mengkagumkan tetapi turut berkebolehan menjaringkan gol menerusi percubaan jarak jauh serta dari sudut yang sukar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.