saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 17/05/1998

Mak andam perlu tambah ilmu untuk maju


CATT (kanan) bersama dengan para pelajarnya (duduk) di kursus andaman di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


LAZIMNYA bagi bakal-bakal pengantin, menjadi raja sehari adalah suatu hari yang penuh bermakna dalam hidup mereka dan sering ditunggu-tunggu oleh setiap orang.

Biasanya untuk menyambut hari yang penuh bersejarah itu, pelbagai persiapan penting bagi seseorang pengantin seperti pelamin, pakaian, perhiasaan, bunga telur dan serba kelengkapan perlu disediakan lebih awal lagi.

Dalam hal ini, mak andam juga tidak ketinggalan turut memainkan peranan penting bagi bakal pengantin kerana menjadi raja sehari tidak akan lengkap tanpa kehadiran mereka.

Sejak zaman tradisi lagi, mak andam dianggap sebagai orang yang mahir dalam mencantikkan dan menaikkan 'seri' wajah seseorang pengantin.

Sehubungan itu baru-baru ini, Ally and Catt Academy telah menganjurkan satu kursus mengandam bertempat di Hotel Grand Continental Alor Setar, Kedah bertujuan mencungkil bakat-bakat mak andam di samping menggalakkan kaum wanita yang berminat dalam bidang tersebut menyertai program khas itu.

Kursus yang berlangsung selama empat minggu berturut-turut itu berjaya menampilkan bakal-bakal mak andam yang berpotensi untuk mengorak langkah dengan lebih jauh lagi dalam dunia andaman di negara ini.

Pengajar kursus tersebut, Catt berkata, melalui program yang dijalankan ini, mereka cuba mencungkil bakat baru dan menampilkan mak andam yang berbeza dari zaman dahulu.

"Mak andam zaman moden kini mempunyai penampilan yang semulajadi dari segi mekap, pakaian dan barang-barang kemas sebagai hiasan,'' katanya ketika ditemui.

Menurutnya, kursus tersebut lebih bersifat moden dengan menggunakan mekap berdasarkan warna kulit yang bersesuaian dan menggunakan beberapa pendekatan yang terbaru.

Catt juga berkata, kursus ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu pakaian, aksesori dan kreativiti yang akan diadakan di seluruh Malaysia termasuk Perlis, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Salah seorang daripada peserta kursus tersebut Wan Azizah Ahmad, 36, dari Pulau Pinang berkata, program ini memberi pendedahan yang lebih luas kepadanya untuk mengetahui teknik-teknik terbaru tentang andaman.

"Misalnya, saya dapat mengetahui cara andaman yang sangat ringkas dan cepat terutamanya untuk majlis perkahwinan dan majlis-majlis rasmi," katanya.

Sebelum ini dia juga pernah mengikuti pelbagai kursus andaman di dalam negeri dan luar negara termasuklah Indonesia dan Brunei.

"Setiap mak andam perlu mengikuti aliran semasa seperti juga dunia fesyen dan sering berubah agar sentuhan mereka sentiasa menepati cita rasa terkini,'' katanya yang turut memiliki beberapa jenis perniagaan termasuklah salun kecantikan dan restoran makanan.

"Setiap tenaga pengajar itu mempunyai teknik yang berbeza dalam segala segi, pendek kata setiap pengajar mempunyai caranya yang tersendiri,'' katanya.

Sementara itu seorang lagi peserta Salma Shaari, 32, dari Taman Nuri berkata, minatnya yang terlalu mendalam dalam bidang andaman menyebabkan dia menyertai kursus tersebut untuk menambahkan lagi pengetahuan.

"Dengan menyertai kursus ini, saya rasa lebih yakin untuk maju dan mengembangkan lagi bidang andaman di negeri ini,'' katanya yang kini dalam persediaan untuk membuka sebuah salun di Jalan Tun Razak di sini.

Seorang lagi peserta Khaizurina Khalid, 26, berkata, kursus tersebut mendedahkannya tentang cara mengandam dengan menggunakan teknik terbaru yang berbeza dari zaman dulu.

"Kita diajar tentang cara untuk menaikkan seri pengantin dengan menggunakan mekap yang sesuai dengan warna kulit dan mata,'' katanya yang juga mempunyai salun kecantikannya sendiri.

Sebelum itu katanya, dia menjalankan perniagaannya dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pelanggan sehinggalah dia membuka perniagaannya sendiri di Jalan Kota di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.