saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/05/1998

Hitz Boyz gabung lagu kumpulan popular


SHADES.


GABUNGAN kumpulan KRU, Shades, Nico, Kool, A To Z, ENV dan 4U2C dalam sebuah album kompilasi berjudul Hitz Boyz ternyata berjaya apabila album tersebut kini mendapat tempat di kalangan penggemar muzik tempatan.

Pengisian pelbagai genre muzik yang segar seperti rap, acapella, dance, pop, ballad dan sedikit sentuhan irama tradisional, tidak menghampakan para peminat mereka.

Gabungan yang memuatkan lagu-lagu lama dan baru yang dipersembahkan oleh kumpulan remaja popular dianggap satu percubaan berani oleh syarikat rakaman, BMG Music, selaku pengedar kepada album tersebut.

Ini kerana, sebelum ini, kebanyakan syarikat lebih cenderung menerbitkan album kompilasi yang membabitkan penyanyi wanita sahaja kerana percaya bahawa mereka adalah sumber pelaris di pasaran muzik semasa.

Bagaimanapun, ternyata anggapan itu meleset kerana Hitz Boyz nyata memberi harapan baru apabila album tersebut telahpun dijual melebihi 20,000 unit sejak dipasarkan hujung April lalu.

Penjualan yang memberangsangkan itu dilihat kepada kekuatan nama kumpulan yang bergabung dalam Hitz Boyz.

Nama-nama besar seperti tujuh kumpulan itu mudah membolosi pasaran muzik memandangkan setiap daripada kumpulan tersebut mempunyai pengikut tersendiri.

Tambahan pula, lagu-lagu di dalam album itu adalah lagu-lagu terbaik yang pernah menjadi siulan anak-anak muda satu ketika dulu.

Sebahagian lagu tersebut juga memberi pengertian tersendiri kepada setiap kumpulan itu kerana ia adalah lagu yang memperkenalkan nama mereka dalam industri muzik tanah air.

Selain itu, penerbitan album Hitz Boyz disifatkan sebagai satu nostalgia terhadap dua kumpulan pelopor genre muzik rap di negara ini iaitu 4U2C dan Nico. Kedua-dua kumpulan tersebut dibubarkan pada pertengahan tahun lalu.

Sungguhpun, nama kedua-dua kumpulan itu hanya tinggal kenangan dalam persada muzik tempatan, lagu-lagu mereka mempunyai kekuatan tersendiri yang terus menjadi siulan kepada sesetengah pendengar.

Sebanyak 14 lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Awas, nyanyian KRU, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Shades), Inilah Nasibku (Nico), Satu Memori (Kool), Iyo Ko? (A To Z), Selamat Hari Lahir (ENV), Dusta (4U2C), Bebas (Kool), Malam (Shades), Berdendang (A To Z), Untukmu Sayang (Nico), Krisis (ENV), 2 (KRU) dan Fiona (4U2C).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.