saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 19/05/1998

Rambut gugur pelbagai faktor menjadi punca

Kerisauan yang paling ketara ialah apabila seseorang individu mengalami masalah keguguran rambut.

Namun, ramai yang tidak memahami punca keguguran rambut ini. Keguguran rambut merupakan masalah biasa yang dialami hampir dua daripada tiga lelaki atau lebih dikenali masalah kebotakan. Boleh dikatakan peratus kehilangan rambut di kalangan lelaki atau wanita yang mengalami masalah keguguran rambut ini dalam peringkat kehidupan mereka agak tinggi.

Namun dengan diagnosis yang tepat, individu yang mengalami masalah keguguran rambut dapat dibantu.

PERTUMBUHAN RAMBUT YANG NORMAL

Hampir 90 peratus rambut di kulit kepala akan tumbuh berterusan, iaitu fasa yang berlaku dalam tempoh antara dua hingga enam tahun.

Manakala 10 peratus akan berada dalam fasa rehat yang bertahan antara dua hingga tiga bulan.

Pada peringkat akhir tahap ini, rambut akan gugur. Sekiranya seseorang menghadapi masalah kehilangan rambut antara 50 hingga 100 helai sehari ia masih dianggap normal.

Apabila sehelai rambut gugur, ia diganti dengan rambut baru, dari folikel yang sama terletak di bawah permukaan kulit.

Rambut di kulit kepala akan tumbuh satu setengah inci setiap bulan. Secara semulajadi, mereka yang berambut perang memiliki rambut yang paling banyak dengan anggaran 140,000 helai.

Rambut diperbuat daripada beberapa bentuk protin sama seperti yang terdapat pada kuku tangan dan kaki.

Sehubungan itu, setiap individu haruslah makan jumlah protein yang cukup untuk mengekalkan pengeluaran rambut yang normal.

Protein boleh didapati dalam daging, ayam, ikan, telur, keju, bijirin dan kacang yang dikeringkan.

PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG TIDAK NORMAL

Keguguran rambut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Mereka yang keguguran rambut dengan jumlah yang banyak selepas menyikat atau rambut kelihatan semakin nipis haruslah mendapatkan nasihat pakar kulit.

Pakar kulit, pakar perubatan yang membuat pengkhususan dalam merawat penyakit rambut dan kulit akan menyiasat berhubung pemakanan seseorang.

Pesakit juga mungkin ditanya berhubung ubat-ubatan yang diambil enam bulan sebelum itu, sejarah keluarga, penyakit yang baru dihidapi dan tabiat penjagaan rambut.

Bagi wanita pusingan haid, kehamilan dan menopaus juga diambil kira.

Selain itu, antara faktor yang diambil kira ialah:

* Kelahiran

Semasa hamil, wanita tidak akan kehilangan rambut dengan banyak seperti biasa.

Bagaimanapun, selepas kelahiran rambut akan berada pada fasa rehat.

Dalam tempoh dua atau tiga bulan selepas kelahiran, jumlah rambut yang gugur semasa menyikat rambut kelihatan dalam tempoh satu hingga enam bulan.

* Demam panas, jangkitan dan selsema yang serius.

Selepas empat minggu hingga tiga bulan selepas pulih daripada demam panas, jangkitan atau selesema, individu terbabit mungkin terkejut apabila banyak rambut yang gugur.

* Penyakit tiroid

Pengeluaran hormon tiroid yang aktif dan tidak aktif boleh menyebabkan kehilangan rambut yang banyak.

* Pengambilan diet yang tidak mencukupi.

Individu yang mengamalkan makanan yang banyak sayur biasanya tidak mempunyai diet yang seimbang.

Tabiat makan yang tidak normal, menyebabkan ramai yang tidak menitikberatkan pengambilan protein.

Oleh itu, untuk menyeimbangkan protein yang tidak mencukupi ini, proses pertumbuhan rambut terpaksa berada dalam fasa rehat.

Keguguran rambut boleh berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan selepas itu.

Keadaan ini, bagaimanapun dapat dikawal dan dicegah dengan amalan pengambilan protein yang mencukupi.

* Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut dalam tempoh sementara.

Ubat yang mencairkan darah, penyakit gout, artritis, antikemurungan, penyakit jantung, tekanan darah tinggi (hipertensi) dan dos vitamin A yang berlebihan antara ubat yang menyebabkan rambut gugur.

* Ubat merawat kanser

Sesetengah jenis ubat yang merawat kanser menyebabkan sel-sel rambut berhenti tumbuh.

Kesannya, rambut akan menjadi nipis, dan patah apabila tumbuh dari kulit kepala.

Keadaan ini boleh berlaku dalam tempoh satu hingga tiga minggu selepas rawatan kanser.

Pesakit berisiko kehilangan 90 peratus rambut, tetapi ia akan tumbuh semula selepas rawatan selesai.

* Panau di kulit kepala yang disebabkan oleh fungus akan merebak dan menyebabkan rambut terputus atau gugur.

Penyakit berjangkit ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawatnya.

* Penjagaan rambut yang kurang sempurna

Kebanyakan lelaki dan wanita menggunakan rawatan kimia untuk mewarna, melurus dan memutihkan rambut.

Rawatan ini sebenarnya jarang merosakkan rambut, jika ia dilakukan secara baik.

Bagaimanapun, rambut menjadi lemah dan rosak jika bahan-bahan kimia ini sering digunakan.

* pil perancang

Wanita yang kehilangan banyak rambut ketika mengambil pil perancang mempunyai risiko untuk mewarisi rambut terus menipis.

Jika keadaan ini berterusan, ia perlulah dirujuk kepada pakar perbidanan untuk menukar pil yang lain.

Wanita yang mengamalkan kontraseptif mungkin sedar bahawa mereka mengalami keguguran rambut dalam tempoh dua hingga tiga bulan atau berterusan dalam tempoh enam bulan.

* Zat besi yang rendah

Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan kehilangan rambut. Wanita yang mengalami pusingan haid akan kehilangan banyak zat besi.

* Pembedahan atau penyakit kronik

Biasanya, sesiapa yang menjalani pembedahan besar mungkin dapat melihat keguguran rambut yang begitu ketara dalam tempoh satu hingga tiga bulan selepas itu.

* Alopecia areata

Kehilangan rambut yang berpunca daripada alopecia areata menyebabkan rambut hilang dalam saiz sebesar wang syiling atau lebih besar daripada itu.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, seseorang mungkin hilang rambut secara keseluruhan sama ada di kepala mahupun di kulit.

Penyakit ini mungkin menjejaskan kanak-kanak wanita dan lelaki tanpa mengira peringkat umur tanpa sebab yang dapat dikenalpasti. Bagi sesetengah kes, rambut akan tumbuh semula dengan sendirinya seperti :

* Keturunan atau masalah kebotakan

Masalah kebotakan ini biasanya diwarisi daripada ibu atau bapa. Wanita yang mewarisi masalah ini menyebabkan rambut mereka semakin nipis.

Keadaan ini dikenali sebagai androgenetik alopecia biasanya bermula semasa peringkat remaja, dua puluhan dan tiga puluhan.

* Menyikat, memberus atau amalan syampu yang kerap juga boleh memusnahkan rambut untuk mudah putus.

Rambut yang dibilas dengan krim pencuci selepas membasuhnya boleh digunakan selepas ia disyampu. Semasa rambut basah, ia lebih mudah rosak dan menggosoknya menggunakan tuala, haruslah dielakkan.

Sebaiknya, gunakanlah sikat yang jarang.

Cara mengikat rambut yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan rambut cepat gugur.

Namun, kehilangan rambut dengan anggaran antara 50 hingga 100 helai sehari tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, jika anda seorang yang begitu prihatin terhadap kehilangan rambut yang banyak, jumpalah pakar kulit untuk mendapatkan nasihat. Pada masa ini, beberapa jenis atau bentuk keguguran rambut masih belum ada rawatan khusus, bagaimanapun kajian mengenainya masih dijalankan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:33
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.