saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/05/1998

Spoon pilih lagu melankolik


KUMPULAN SPOON


Dalam masa sebulan, jualan album sulung mereka yang memuatkan lagu popular tersebut begitu laris dan telah pun mencecah 60,000 unit. Ini menjadikan kumpulan Spoon sebagai kumpulan baru paling laris, yang juga mengatasi penjualan album artis-artis popular yang lain.

Spoon yang terdiri daripada lima anak muda dari Kuala Lumpur, Along sebagai vokalis, Shanaz (pemain dram), Yahaya (bes), Boy (gitar utama) dan Nurul (gitar kedua), tidak pernah menyangka kejayaan yang dicipta ketika ini datang sekelip mata.

Menurut Spoon, kali pertama melihat lirik lagu tersebut, mereka mempunyai tanggapan yang berbeza.

Berdasarkan kepada judul dan lirik lagu Rindu Serindu Rindunya, Spoon menganggap lagu itu agak kelakar dan kurang puitis.

''Pilihan memang di tangan para pendengar. Ramai yang berminat dengan lagu tersebut kerana liriknya yang bersahaja,'' ujar Along.

Spoon percaya, kejayaan kumpulan itu adalah kerana kekuatan lagu tersebut di samping adanya kerjasama dengan semua pihak termasuk promosi yang baik daripada syarikat rakaman.

''Kami tidak menyangka yang Spoon akan menjadi popular secepat ini. Dan kami bersyukur kerana adanya sokongan daripada para peminat dan promosi yang baik daripada banyak pihak.

''Kejayaan ini adalah kejayaan pihak yang membantu kami selama ini,'' beritahu Along.

Katanya, mereka juga berbangga kerana Spoon kini menjadi kumpulan baru pertama yang menduduki tangga teratas Carta RIM mengatasi jualan album Ziana Zain.

''Sebagai kumpulan baru, kami rasa ini adalah satu pencapaian yang amat bermakna ketika negara dilanda krisis ekonomi,'' beritahu Along.

Menyedari lagu tersebut memberi kesan dalam karier mereka, Spoon merancang menjadikan lagu-lagu yang melankolik sebagai konsep utama kumpulan tersebut.

Mereka menganggap, sebagai permulaan , kemampuan muzik mereka sesuai dengan konsep sedemikian.

Populariti lagu Rindu Serindu Rindunya juga banyak mengubah kehidupan kumpulan ini. Sejak Mac lalu, Spoon tidak berhenti-henti menjalani promosi dan persembahan di merata tempat, termasuk memenuhi sesi fotografi bersama pihak media.

''Ini perubahan hidup yang terpaksa kami tempoh.

Mungkin kami belum biasa dengan keadaan ini.

''Bagaimanapun, kami tetap juga meneruskan promosi dan persembahan di merata tempat kerana bimbang dikatakan tidak berdisiplin,'' jelas Along.

Oleh: NOR ASIKIN HASSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.