saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/05/1998

Feminin tunggu kelahiran album kelima


FEMININ... tidak sabar lagi menunggu.


BAGAI menunggu buah yang tidak gugur, begitulah perumpamaan yang sewajarnya disamakan kepada kumpulan rap wanita pertama negara Feminin yang menunggu 'kelahiran' album terbaru mereka yang kelima.

Malah sudah berbuih mulut pengurus kumpulan itu, Eddris Razhe atau lebih dikenali sebagai Edd mengotakan janjinya kepada pihak media bahawa album terbaru 'anak buahnya' akan muncul tidak berapa lama lagi.

Namun janji hanya tinggal janji. Sudah lebih setahun janji dilafazkan hasilnya tetap sama, album terbaru itu masih tetap belum berada di pasaran.

Syarikat rakaman yang menaungi mereka iaitu Warner Music pula seolah-olah bermain tarik tali dengan Edd dan anak-anak buahnya tentang janji mereka itu.

Feminin yang kini hanya dianggotai oleh As, Yatie dan Watie selepas seorang lagi anggotanya Dek Nor mengambil keputusan untuk bersara dari dunia seni selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Bagaimanapun kehilangan Dek Nor bukan alasan mengapa Feminin tidak boleh berjuang.

Kerana itu juga tidak hairanlah mengapa ketiga-tiga anggota kumpulan itu dan Edd tidak berputus asa asyik turun naik tangga syarikat rakaman Warner Music untuk mendapatkan kepastian.

Dalam satu pertemuan dengan mereka baru-baru ini Edd, As, Yatie dan Watie cuma boleh melahirkan keluhan mereka sahaja apabila diajukan soalan tersebut.

"Kami sudah segan dan malu apabila orang asyik bertanyakan mengenai album baru kerana kami masih belum mendapat jawapan yang pasti daripada pihak pengurusan syarikat rakaman,'' jawab Edd yang hadir bersama Feminin semata-mata untuk merakamkan wajah terbaru kumpulan itu meskipun dalam keadaan hujan yang lebat di luar studio.

Kata Edd, sehingga kini dia dan anggota Feminin masih menunggu jawapan positif kerana sudah terlalu lama Feminin tidak muncul dengan sebarang album.

Paling akhir ialah album Kembali yang diedarkan sekitar dua tahun lalu. Catatan jualan bagi album itu agak membanggakan.

"Namun saya tidak pasti sama ada Warner Music mempunyai rancangan lain tetapi mengikut kontrak album ini sudah sepatutnya dihasilkan,'' kata Edd yang begitu kecewa dengan pengurusan syarikat rakaman itu.

Baginya meskipun album yang sepatutnya berada di pasaran hanyalah album kompilasi dan ditambah dengan dua lagu baru namun ia amat penting kerana ini berkaitan dengan profesion kumpulan itu sendiri.

Kata Feminin, ketiadaan sebarang produk baru untuk diperkatakan oleh peminat menyebabkan reputasi dan populariti kumpulan itu akan lenyap sedikit demi sedikit.

"Nanti peminat menyangka Feminin sudah berkubur pula sedangkan pada hakikatnya kumpulan itu masih aktif dalam bidang nyanyian,'' tambah Edd yang tidak menafikan banyak menerima aduan dan rintihan sesetengah peminat yang mengatakan Feminin sudah berkubur kerana ketiadaan sebarang album baru.

Justeru itu, Edd sekali lagi meminta kerjasama daripada syarikat rakaman Warner Music supaya menyegerakan urusan penerbitan album terbaru kumpulan itu.

Sementara itu ketika penulis melihat wajah ketiga-tiga anggota Feminin jelas terbayang dari riak wajah setiap seorang yang membayangkan impian mereka untuk mengulangi sejarah kegemilangan Feminin yang lampau.

"Kini apa yang dapat kami katakan ialah Feminin akan bekerja keras untuk membina semula populariti kami yang agak pudar sejak kebelakangan ini,'' tegas ketiga-tiga bintang LUX ini.

Sememangnya tidak dapat dinafikan kumpulan ini merupakan antara perintis kejayaan muzik rap negara ini. Malah kerana imej dan penampilan yang cukup bergaya juga menyebabkan mereka menjadi idola sebilangan besar peminat seni tanah air.

Bagaimanapun bagi Feminin bangkit kembali menyenaraikan nama seperti mana yang pernah dikecapi oleh mereka suatu ketika dulu bukan satu perkara mudah.

Mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan saingan yang sengit tetapi juga perlu bersedia dari segi mental kerana mungkin mereka akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar. Siapa tahu? - Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.