MUKA HADAPAN
ARKIB : 27/05/1998
Syarat pesara awal dapat pencen penuh
KUANTAN 26 Mei - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menetapkan beberapa syarat bagi membolehkan kakitangannya yang bersara awal mendapatkan bayaran pencen sepenuhnya ketika menghadapi kegawatan ekonomi negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, kelonggaran itu diberikan kepada kakitangan yang memerlukan keseluruhan wang pencen awal tersebut untuk rawatan perubatan.
Selain itu, katanya, kakitangan yang pencen awal untuk melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi juga turut diberikan kelonggaran berkenaan.
''Kerajaan juga memutuskan untuk memberi bayaran pencen sepenuhnya bagi pesara yang menghadapi tindakan muflis,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat penubuhan Dana Penyelidikan, Pembangunan dan Kemajuan Teknologi oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia di sini, hari ini.
Tambah Fauzi, kakitangan kerajaan yang menyertai skim latihan dan galakan untuk menceburi bidang perniagaan kecil anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan turut dipertimbangkan untuk menerima pencen sepenuhnya.
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












