saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/06/1998

Zaharah tanya bila pula Aslaki?

TELUK INTAN 31 Mei - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata, kejayaan pihaknya mewujudkan Amanah Saham Wanita (Asnita) telah mendorong kaum lelaki untuk menubuhkan pula Amanah Saham Lelaki (Aslaki).

Katanya, walaupun Asnita merupakan tabung dana yang ke-88 ditubuhkan, ia tetap mendorong 'rasa cemburu' kaum lelaki untuk menubuhkan tabung dana mereka sendiri.

Menurutnya, jika jumlah wanita yang terdiri 50 peratus daripada 20 juta penduduk negara ini mampu mewujudkan dana mereka sendiri, mengapa pula kaum lelaki tidak boleh melakukannya.

Dalam hubungan ini, katanya, kaum wanita harus lebih bersungguh-sungguh untuk menjayakan matlamat Asnita supaya ia boleh memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

''Jika 10 juta wanita melabur RM100 tiap seorang dalam Asnita bererti kita akan dapat mengumpul dana sebanyak RM1 bilion dalam masa yang singkat,'' katanya ketika berucap dalam perjumpaan dengan ahli Wanita UMNO Teluk Intan di sini, semalam.

Zaharah berkata, berdasarkan keahlian ahli UMNO sebanyak 2.8 juta, bukanlah mustahil bagi 50 peratus ahli Wanita UMNO memenuhi matlamat mengumpul RM200 juta.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.