saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/06/1998

Pahang pesta gol

PAHANG kembali melebarkan jurang untuk terus bertakhta di puncak carta Liga Perdana Satu dengan menjadikan Sabah sebagai mangsa belasahan 4-1 pada perlawanan di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

Walaupun sebelum tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan ketika bertandang ke Stadium Paroi, skuad Tok Gajah bermain cemerlang di hadapan 8,000 penonton sendiri.

Gol pertama Pahang diperoleh pada minit ke-26 melalui sepakan sudut dari penjuru kanan Sabah oleh Shaharudin Rosdi lalu pantas ditanduk oleh Emmanuel Kofi Ampiah.

Permainan menjadi bertambah rancak dan pada minit ke-31 Azizul Kamaludin membuat rembatan dari jarak 20 meter terus muntah daripada tangkapan penjaga gol Sabah Khairul Azman Mohamad.

Bagaimanapun Viatcheslav Melnikov gagal menyambar bola yang muntah itu sebalik David Rocastle terus membuang keluar bola untuk menyelamatkan keadaan.

Corak bertahan yang diamalkan oleh pasukan pelawat nyaris memakan diri sendiri sekali lagi apabila pada minit ke-34 pemain Pahang, Khoirol Anwar Abd. Rahim berjaya melepas rembatan ketika pergelutan di dalam kotak penalti tetapi diselamatkan sekali lagi oleh Khairul Azman.

Nasib malang Sabah terus bertimpa apabila giliran Azaruddin Aziz pada minit 43 untuk mengecewakan pelawat melalui rembatan kencangnya dari luar kotak penalti telah terkena bahu Ketua Pasukan Sabah, Jelius Ating.

Keadaan itu menyebabkan bola telah melencong ke kanan pintu gol Sabah dan Khairul Azman yang telah bersedia di sebelah kiri hanya mampu melihat bola bergolek ke dalam gol.

Babak kedua Pahang terus garang tidak membenarkan barisan pertahanan lawan dan Khairul Azman menarik nafas dengan asakan yang berbahaya.

Berpunca daripada sepakan sudut dari kiri pintu gol Sabah kemudian ditanduk keluar dari kotak penalti oleh Azhar Kamaluddin dan dirembat oleh Ahmad Shaharudin Rosdi untuk gol ketiga Tok Gajah pada minit ke-50.

Kekentalan barisan pertahanan anak buah Ken Shellito sekali lagi teruji apabila selang tiga minit kemudian Melnikov membuat larian solo tetapi hanya Khairul Azman yang menjadi penghalang.

Melnikov nyaris menambah gol Pahang pada minit ke-68, tetapi rembatannya telah ditampan oleh Khairul Azman dan rembatan susulannya pula melepasi palang gol.

Tok Gajah tidak langsung bersimpati kepada pasukan pelawat yang kelihatan begitu pincang terus menambah gol pada minit ke-83.

Melnikov yang sebelum ini beberapa kali terlepas peluang untuk menjaringkan gol bijak merembat menewaskan Khairul Azman setelah menerima hantaran pendek di hadapan kotak penalti dari Shahrulnizam Nizam Sahat.

Bagaimanapun Sabah mendapat gol sagu hati pada minit ke-57 melalui perancang utamanya Yap Wai Loon yang membuat hantaran lintang dari kiri pintu gol Pahang kepada Harun Laban yang mudah menolak bola ke pintu gol bagi menewaskan Mudzar Mohamad buat pertama kali malam tadi.

PAHANG: Mudzar Mohamad, Suhaimi Mohd Nor, Azhar Kamaluddin, Emmanuel Kofi Ampiah, Jozsef Duro, Viatcheslav Melnikov, Azizul Kamaludin, Ah Shaharudin Ah Rosdi (Khairulniza Mustaffa), Khoirol Anwar Abd. Karim (Shahrul Nizam Sahat), Mohd. Azaruddin Aziz dan Ahmad Shukri Mustapha (Jalaludin Jaafar).

SABAH: Khairul Azman Mohamad, Burhan Ajui (Rezuan Ahmad Khan), Veselin Kovacevic, Abdullah Awang Adi (Mohd Jaya Kasim), Sabaruddin Kadir, Harun Laban, David Rocastle, Musa Hendrik,Henry Soimpon, Yap Wai Loon dan Jelius Ating.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.