saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/06/1998

Album Silat Lagenda pelbagai variasi

ALBUM ''Original Sound Track Silat Lagenda'' menjanjikan sesuatu kelainan dengan membariskan penyanyi-penyanyi popular pelbagai irama dan memuatkan kesemua lagu ciptaan baru.

Penerbit album tersebut, kumpulan KRU mengakui penerbitan album sedemikian agak berisiko kerana lagu-lagu yang dimuatkan masih baru dan asing kepada para pendengar.

Ini berlainan dengan album-album ''sound track'' yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Namun, KRU yakin gabungan pelbagai irama dan penyanyi-penyanyi popular mampu menjadi tarikan.

Penyanyi yang muncul di dalam album ini ialah kumpulan KRU sendiri, Sheila Majid, Sharifah Aini, Ella, Amy, Zainal Abidin, Ning Baizura, Elite dan Indigo.

Ketua kumpulan KRU, Norman berkata, album tersebut berkonsepkan penyatuan pelbagai penyanyi dalam sebuah album khas.

Album tersebut juga memperlihatkan percubaan KRU sendiri mencipta pelbagai jenis lagu untuk disesuaikan dengan lenggok penyanyi lain.

Album tersebut menampilkan lagu grunge dan rock nyanyian Amy, lagu tradisional dendangan Sharifah Aini, Sheila Majid dengan jazz dan juga lagu R&B daripada Ning.

Malah, lagu Zainal juga menampilkan konsep sebagaimana lagu-lagu nyanyiannya terdahulu.

''Ini sebagai satu percubaan kepada kami untuk mencipta lagu-lagu pelbagai variasi,'' kata Norman yang tidak meletakkan sasaran yang tinggi terhadap album tersebut.

Dia sedar sentuhan lagu KRU kedengaran daripada lagu-lagu yang dicipta untuk penyanyi lain, namun, dia berharap percubaannya membuat kelainan akan diterima.

Dia yakin album tersebut mampu mencecah jualan melebihi 50,000 unit memandangkan keadaan pasaran yang muram kini, katanya.

''Sekiranya keadaan ekonomi tidak terjejas, saya yakin album tersebut mampu mencecah jualan sehingga 150,000 unit,'' ujarnya lagi.

Sementara itu, filem animasi Silat Legenda terbitan Peninsula Pictures akan ditayangkan pada Ogos ini. Selain di negara ini, ia akan ditayangkan di 13 buah negara lain.

Album tersebut akan turut dipromosikan ketika filem tersebut ditayangkan nanti, ujar Norman.

Menurut Norman lagi, pada asalnya pihak penerbit filem itu hanya inginkan sekitar empat lagu untuk dimuatkan di dalam filem, namun setelah mendengar lagu-lagu yang dihasilkan, mereka menunjukkan minat untuk memasukkan sebanyak yang mungkin mengikut kesesuaian.

Norman memberitahu, mereka mencipta lagu-lagu berdasarkan kesesuaian dengan penyanyi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.