saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/06/1998

Sidi Oraza tidak pernah mendabik dada


SIDI... bersara daripada dunia lakonan kerana masalah kesihatan.


Namun begitu Sidi bukanlah seorang yang cepat mendabik dada dengan anugerah dan pengiktirafan yang diterimanya itu.

Justeru dia menerima tawaran berlakon teater semata-mata sebagai langkah mempelajari kembali asas-asas lakonan.

Malah Sidi menganggap kemunculannya dalam teater sebagai satu pelajaran lakonan dan berpendapat pentas bagi seorang pelakon ialah di teater atau bangsawan.

Kemampuan pelakon ini di layar perak sememangnya sudah terbukti. Kini dia muncul di dalam teater Pencarian (Mencari Juita) arahan Erma Fatima buat pertama kalinya setelah hampir 10 tahun bergelar pelakon.

''Saya menganggap saya kembali kepada asas dalam lakonan dengan menerima tawaran Erma untuk berlakon teater,'' katanya yang kini bersara daripada berlakon filem kerana masalah kesihatan.

Kata Sidi lagi, teater adalah satu medan ujian sama ada seseorang pelakon itu berjaya atau sebaliknya.

Dalam teater tiada suntingan sebagaimana pada filem atau drama, jelasnya.

Dalam Pencarian, Sidi berlakon sebagai Salman, seorang penarik beca yang miskin, namun memiliki hati yang kaya sehinggakan sanggup mengahwini Julia yang mengandung setelah terlanjur dengan kekasihnya.

Sidi yang baru menjalani pembedahan di bahagian perut baru-baru ini, mengakui dia harus mengawal pergerakan demi menjaga kesihatan.

''Watak Salman sesuai dengan keadaan saya kerana tidak memerlukan pergerakan yang keras,'' ujar Sidi ketika ditemui selepas pementasan teater itu, baru-baru ini.

Mengenai bidang lakonan pula, Sidi memberitahu, keadaan kesihatannya tidak memungkinkan dia melakonkan watak berat.

''Apabila saya melakonkan watak berat seperti Sayang Salmah dan Layar Lara, saya tidak boleh lagi menerima tawaran sembarangan,'' katanya.

Kejayaan itu baginya menjadi batasan untuk menerima tawaran kerana dia mahukan watak yang lebih berat daripada itu sedangkan tiada skrip sedemikian dihasilkan.

''Lagipun kesihatan saya tidak mengizinkan melakonkan watak berat lagi. Itulah sebab saya umumkan persaraan,'' kata Sidi lagi. Sidi pernah berhasrat mengarahkan sebuah filem untuk mencuba keupayaannya, namun keadaan ekonomi sekarang membantutkan usaha itu.

''Sekiranya pentas seorang pelakon ialah di teater, pentas seorang pengarah pula di filem.

Namun sehingga sekarang saya belum menguji keupayaan saya,'' ujar Sidi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.