saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/06/1998

Sarena beri tumpuan pada perniagaan

KIRIMAN: Razman Abdul Ghani, Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (melalui e-mel).

JAWAPAN: Selepas mengumumkan persaraan daripada bidang nyanyian sekitar tahun 1978, penyanyi Sarena Hashim terus dengan keputusannya itu sehingga sekarang.

Sarena banyak menghabiskan masa dalam perniagaan dan juga menguruskan rumah tangganya.

Penyanyi itu memutuskan untuk bersara setelah berkahwin kali kedua dengan anak pengarah terkenal Datuk L. Krishnan.

Malah L. Krishnan juga mengakui menantunya itu tidak mahu mendedahkan diri kepada publisiti setelah nekad meninggalkan bidang nyanyian dan lakonan.

Walaupun pada awalnya pengunduran Sarena kerana permintaan suami, penyanyi itu senang dengan keputusannya itu.

Apatah lagi dia tidak pernah menaruh harapan untuk terus bergiat sebagai penyanyi dalam jangka masa yang lama.

Pada temu ramah dengan pihak media ketika Sarena masih aktif menyanyi, penyanyi itu pernah mengatakan yang dia meletakkan nyanyian sebagai hobi semata-mata.

Lantaran itu dia tidak seghairah penyanyi lain mengejar wang hasil menyanyi.

Sarena tidak menerima undangan mengadakan persembahan pentas, apatah lagi untuk tampil menyanyi di kelab-kelab hiburan.

Bahkan Sarena juga pernah mengatakan bahawa bidang nyanyian dan lakonan di Malaysia tidak boleh membawa kekayaan hanya bergantung kepada bidang itu semata-mata.

Semasa giat menyanyi pada awal dan pertengahan tahun 70-an, Sarena membuka perniagaan dengan membuka kedai menjual barangan cenderamata dan perniagaan lain.

Malah pengunduran daripada bidang nyanyian dan lakonan juga tidak melenyapkan minatnya dalam kerja-kerja yang melibatkan seni.

Dia bersama suaminya bekerja dengan syarikat Gaya Filem milik bapa mertuanya.

Sarena juga menggunakan bakat nyanyiannya untuk menghasilkan sebuah album khas untuk Pemadam pada tahun 1981, menerusi syarikat Gaya Music Studio.

Barangkali banyak yang tidak tahu nama Sarena sebenarnya boleh dibariskan sebagai penerbit album wanita terawal kerana penglibatannya sebagai penerbit album.

Selain berkeupayaan menyanyi, Sarena juga berbakat dalam mencipta lagu dan lirik. Malah banyak lirik lagu nyanyiannya dihasilkan sendiri.

Baginya seseorang penyanyi harus tahu menulis lagu dan lirik agar tidak ketinggalan dengan penyanyi lain.

Tambahan pula lagu-lagu yang dirakamkannya sejak album pertama pada tahun 1970 memuatkan lagu-lagu saduran daripada lagu popular Hindi dan Inggeris.

Pada masa itu penyanyi tempatan cenderung menyanyikan lagu-lagu saduran.

Mengenai latar belakangnya Sarena yang kini berusia lewat 40-an berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai darah kacukan India dan Arab.

Dia dibesarkan di Tanjung Bunga dan menghabiskan persekolahan peringkat menengah di St. Georges Girls School.

Sarena juga mempunyai kelulusan dalam jurusan kesetiausahaan dan pernah menjawat jawatan pembantu peribadi di sebuah syarikat perumahan sebelum menyanyi.

Mengenai kegiatan seninya, dia mula menunjukkan minat semasa di bangku sekolah lagi.

Namun bakatnya tidak disokong oleh keluarga yang mahukan dia memberi tumpuan pada pelajaran.

Dengan usaha sendiri, Sarena pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada tahun 1966, namun tidak berjaya menyerlah dan gagal di peringkat negeri Pulau Pinang.

Dia tidak patah semangat daripada kegagalan itu, sebaliknya terus berusaha sehingga mendapat peluang merakamkan lagu ke piring hitam. EP pertamanya dikeluarkan pada tahun 1970 memuatkan empat buah lagu iaitu Mimpiku, Panggillah Daku, Kau Di Mana dan Hanya Bintang-Bintang.

Lagu Panggillah Daku berjaya mengangkatnya sebagai penyanyi yang diminati. Suaranya yang lembut dan manja menjadikan lagu-lagunya satu kelainan.

Selepas itu, sebuah demi sebuah EP dan LP dihasilkannya. Antara lagu yang mendapat tempat ialah Kuinginmu Jua, Dua Kali Dua, Setiap Masa, Kutunggu Malam Tiba, Kanda dan Dinda, Bersama dan banyak lagi.

Antara pengalaman manis yang dikecapinya ialah berpeluang ke India atas undangan EMI India, di mana dia diberi kesempatan bertemu banyak pelakon dan penyanyi popular negara itu. Dia juga berpeluang melihat penggambaran filem Hindi semasa di sana.

Pengalaman bersama pelakon Hindi membuatkan dia sedar kekuatan yang ada pada pelakon negara itu.

Mereka tidak kerap mendedahkan diri kepada masyarakat.

Apabila sesekali mengadakan sesi bertemu peminat membuatkan peminat begitu ghairah mengerumuni mereka. Ia berlainan dengan fenomena di negara ini.

Selain menyanyi, Sarena juga turut melibatkan diri dalam lakonan.

Dia muncul dalam program Potret Pekerti di Televisyen Malaysia.

Sarena juga pernah menjadi pilihan pengarah Jins Shamsuddin untuk membintangi filem Menanti Hari Esok dengan melakonkan watak jahat.

Hantarkan soalan anda kepada:

Tanya Saja Rosli Manah, Utusan Malaysia,

Utusan Melayu (M) Berhad, 46M, Jalan Lima,

Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

atau E-mail rosli @ hotmail.com

Bersama: ROSLI MANAH

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.