saya nak baca ..

GAYA HIDUP


ARKIB : 10/06/1998

Raja Muhammad kerana dastar terbuang ke Pahang


JUNAIDI Abdul Rashid daripada Jabatan Muzium membersihkan nisan makam Sultan Muhammad.


Menurut Datuk Mokhtar, kampung tersebut bernama Kampung Dusun Pinang yang terletak dalam kariah Langgar dalam daerah Pekan. Di situ ada sebuah makam sultan yang baru ditemui.

Saya mengambil kesempatan melawat kampung tersebut yang tidak jauh dari Sungai Pahang Tua. Rupa-rupanya makam yang dimaksudkan oleh Datuk Mokhtar itu ialah makam Sultan Muhammad, Sultan Pahang yang pertama dari zuriat Sultan Melaka.

Kampung Dusun Pinang memang terkenal dalam Sejarah Pahang sebagai tempat bersejarah. Di kampung inilah dikatakan terletaknya pusat pemerintahan Maharaja Dewa Sura pada abad ke-15, dan sebelumnya.

Kampung Pinang pernah menjadi pusat pemerintahan yang di bawah pengaruh Siam. Barangkali pengembara dan pedagang Cina yang bernama Wang Ta Yuan yang pernah melawat Pahang atau di Selat Peng-Keng pada abad ke-13, tentu pernah melawat Kampung Pinang yang ketika itu merupakan sebuah pusat atau kerajaan tertua di Pahang.

Ketika saya melawat Kampung Dusun Pinang pada tahun 70-an itu, banyak kubur lama yang berdekatan dengan makam Sultan Muhammad terpaksa dipindahkan ke sebuah perkuburan lain iaitu perkuburan besar.

Di kawasan tapak kubur lama itu akan dibina sebuah loji air.

Saya diberitahu oleh beberapa orang penduduk bahawa sebuah makam lama juga dipindahkan ke kubur besar. Seorang penduduk telah membawa saya ke makam tersebut dan saya dapati nisan berlukis khat pada makam tersebut adalah serupa dengan nisan makam Sultan Muhammad Satu, iaitu nisan batu Acheh yang digunakan pada abad ke-15.

Saya percaya makam tersebut haruslah makam kaum keluarga terdekat kepada Sultan Muhammad, kemungkinan makam putera Sultan Muhammad yang mangkat terlebih dulu daripada kemangkatan ayahandanya.

Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Pahang Pertama daripada zuriat kesultanan Melaka itu ialah putera Sultan Mansor Shah yang memerintah Melaka. Baginda adalah cucu kepada Maharaja Dewa Sura yang memerintah sebuah tempat di Pahang yang bernama Pura.

Dalam Sejarah Melayu ada mencatatkan bahawa Sultan Mansor Shah Melaka telah datang menyerang dan menakluki Pura yang terletak di Pahang itu.

Maharaja Dewa Sura dan puteri baginda yang bernama Puteri Wanang Seri telah dapat ditawan dan dibawa ke Melaka.

Maharaja Dewa Sura diserahkan kepada Bendahara Paduka Raja, dan sangat dipermuliakan oleh Bendahara. Namun tidak lama kemudian diserahkan pula kepada seorang pembesar Melaka daripada keturunan India yang bergelar Seri Nara Diraja, lalu Maharaja Dewa Sura dipasung di hadapan balai.

Demikianlah pada suatu hari Maharaja Dewa Sura telah berkata dengan Seri Nara Diraja, demikian yang disebut dalam Sejarah Melayu:

''...Hatta maka pada suatu hari Seri Nara Diraja duduk di hadapan orang banyak. Maka kata Maharaja Dewa Sura, tatkala hamba di negeri hamba ditangkap oleh Seri Bija Diraja, kepada perasaan hamba seperti di dalam kerajaan hamba juga, telah datang hamba kepada Bendahara Paduka Raja itu pun demikian juga, lebih pula peliharanya daripada Seri Bija Diraja, telah datang kepada Keling Tua ini, baharulah hamba merasa penjara.

''Maka kata Seri Nara Diraja, Hai Maharaja Dewa Sura, bagaimanalah tiada demikian, adapun akan Seri Bija Diraja hulubalang besar negeri tuan hamba lagi dialahkannya, istimewa tuan hamba seorang, apa bahayanya kepadanya. Adapun Bendahara Paduka Raja itu orang besar, segala orang di dalam negeri ini semua orangnya belaka, akan hamba ini seorang fakir. Jika tuan hamba lari, siapa akan hamba suruh menangkap tuan? Dan jikalau tuan hamba lepas, Duli Yang Dipertuan murka akan hamba, orang sekalian pun menaksirkan hamba, maka sahut Maharaja Dewa Sura...'' (W.G. Shellabear 1975:100).

Maharaja Dewa Sura akhirnya dibebaskan oleh Sultan Mansor Shah dan puteri Wanang Seri pula diambil oleh Sultan Mansor Shah sebagai isteri baginda.

Hasil perkahwinan itu lahir dua putera, yang sulung dinamakan Raja Ahmad dan yang bongsu dinamakan Raja Muhammad.

Putera yang bongsu itu sangat disayangi oleh Sultan Mansor Shah, dan dicadangkan sebagai pewaris kesultanan Melaka.

Namun satu tragedi telah berlaku, apabila Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara, kerana bola raga yang disepak oleh Tun Besar mengenai dastar (tengkolok) Raja Muhammad yang sedang berkuda berdekatan dengan tempat Tun Besar sedang bermain bola raga dengan kawan-kawannya.

Kerana peristiwa itulah Raja Muhammad telah dihantar ke Pahang. Dalam tahun 1470-an Raja Muhammad Shah mangkat di Dusun Pinang iaitu sebuah tempat yang pernah menjadi pusat pemerintahan nenda baginda Maharaja Dewa Sura.

Daripada zuriat Sultan Muhammad Shah, negeri Pahang diperintah oleh sultan-sultan keturunan baginda sehinggalah pada masa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar. Sultan Pahang ini dibunuh oleh putera baginda yang tidak dikatakan namanya. Hanya dalam sejarah Portugis disebut putera yang jahat laku.

Sejak kemangkatan Sultan Abdul Ghaffar dan Raja Muda Abdullah, maka putuslah zuriat keturunan Maharaja Dewa Sura memerintah Pahang.

Oleh: N.A. HALIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.